PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label kesilapan MyKad. Show all posts
Showing posts with label kesilapan MyKad. Show all posts

Edisi Sentap! MyKad silap, warga emas jadi anak dara sunti!

Oleh Kaki Wayang on


Pelik tetapi benar. Seorang nenek yang mempu­nyai empat anak, 19 cucu dan tujuh cicit, didaftarkan sebagai perempuan yang baru berusia 15 tahun. Puan Ahmad, yang sepatutnya kini berumur dalam lingkungan 90 tahun itu sendiri tidak menyedari nombor dalam MyKadnya, iaitu 960412-02-0058, menunjukkan dia kononnya dilahirkan pada 1996.

“Rahsia’ itu terbongkar apabila cucu Puan, Siti Noor Atikah Mat Yusop, 21, membawanya ke klinik untuk rawatan tahun lalu. “Saya sendiri tidak ingat umur yang sebenar, tetapi saya ingat anak sulung berumur 72 tahun. Semua dokumen lama pun sudah hilang entah ke mana,” katanya ketika ditemui media di rumahnya di Kampung Padang Keria, Kuala Sanglang, di sini, semalam.

Siti Noor Atikah berkata, mereka sekeluarga tidak mengetahui bahawa MyKad yang dimiliki neneknya bermasalah sehingga dia membawa neneknya ke hospital.

“Saya mula sedar berkenaan kesilapan pendaftaran umur nenek saya ketika seorang jururawat bertugas bertanyakan kepada saya mengenai umur nenek. “Setelah mengetahui masalah berkenaan tahun lahirnya, saya pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Perlis untuk memaklumkan kesalahan tarikh lahir nenek yang ada pada MyKad itu, tetapi saya dimaklumkan MyKad nenek saya boleh digunakan. “Selepas itu saya dan ahli keluarga yang lain pun biarkan begitu sahaja,” katanya.

Anak ketiga Puan, Mat Yusop Kamis, 64, berkata, kesilapan catatan dalam MyKad itu menyebabkan ibunya tidak mendapat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bagaimanapun mereka sudah membuat rayuan.

“Saya memohon BR1M kepada ibu saya, namun kami menerima surat menyatakan permohonan ibu saya untuk mendapatkan BR1M tidak diluluskan kerana tidak layak. “Kemudian semasa saya menerima BR1M, saya diminta untuk membuat rayuan, namun nasib tidak menyebelahi ibu saya kerana permohonan kali kedua juga ditolak,” katanya.

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! MyKad silap, warga emas jadi anak dara sunti!