PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label lelaki paling cantik didunia. Show all posts
Showing posts with label lelaki paling cantik didunia. Show all posts

Edisi Hangat! Pulau Terapung Paling Cantik Di Dunia!

Oleh Kaki Wayang on


Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Pulau Terapung Paling Cantik Di Dunia!

Edisi Informasi! Tips Kalau Nak Cantik Sepanjang Masa!

Oleh Kaki Wayang on

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah sekurang-kurangnya 5 kali sehari dengan air wuduk. Jangan dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, solat, berzikir, dan berdoa.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita menggerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan zikir dan doa.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kama Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku) – (HR Ahmad) – Doa tengok cermin.

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, dietlah dengan teratur, puasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika mampu, lakukan puasa Nabi Daud a.s. – selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air suam.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.
Sila baca selanjutnyaEdisi Informasi! Tips Kalau Nak Cantik Sepanjang Masa!

Edisi Hangat! Kisah Lelaki Paling Gemuk Di Dunia, Keith Martin!

Oleh Kaki Wayang on

Lelaki ini perlu ‘membaham’ sekurang-kurangnya lapan hidangan hot dog untuk sarapan pagi pada setiap hari dan memerlukan lebih dari 18 orang pembantu untuk memastikan dirinya terus bernyawa, sekaligus menjadikannya manusia paling gemuk di dunia. 

Keith Martin, berusia 42 tahun dan tinggal di Harlesden, London, terpaksa mengharungi kehidupan sukar bagi dirinya akibat kegemukan terlampau dan dalam masa yang sama terpaksa juga membebankan ramai pihak lain yang mengambil berat tentang dirinya.

Berat terkini beliau adalah 368 kilogram menjadikannya dirinya di iktiraf sebagai lelaki paling gemuk di dunia mengalahkan ‘juara dunia bertahan’, Manuel Uribe dan Paul Mason yang berjaya menurutkan beratkan ratusan kilogram sebelum ini.

Menurut anggota pasukan medik yang melayan karenah Kieth, mereka memerlukan lapan pekerja ambulan untuk mengusung lelaki itu ke hospital untuk mendapat rawatan pada 10 tahun yang lalu.

Ia membawa maksud bahawa kali terakhir Keith bangun dari tempat tidurnya adalah pada 10 tahun lampau dan kini terpaksa menghabiskan masanya terlantar di atas katil sahaja menunggu lawatan unit perubatan di rumahnya.

Menurutnya lagi, Kieth memerlukan empat petugas medik untuk melawatnya dua kali sehari dan empat jururawat untuk memandikan serta memantau kesihatannya setiap minggu bagi membantunya mengurangkan berat badan.

Keith yang sedih atas kematian ibunya pada 16 tahun yang lalu memberitahu bahawa dia tidak lagi mempedulikan tentang dirinya dan makan apa saja bagi menghilangkan tekanan.

“Ibu saya meninggal dunia pada 16 tahun lalu, saya tak peduli lagi tentang diri saya sejak itu..dan saya makan apa saja selepas itu..” katanya yang dipetik dari media antarabangsa, Dailymail.uk.com, baru-baru ini.

Bagaimanapun, lelaki paling gemuk di dunia itu menyesal dengan tabiat pemakanannya yang tidak terkawal itu dan menyalahkan dirinya yang bertindak mengikut kehendak hati tanpa memikirkan kesannya pada kemudian hari.

“Saya menyalahkan diri sendiri. Semua ini memang salah saya dan saya benci apa yang telah saya lakukan kepada diri sendiri,” katanya lagi penuh kesal.

Kieth memiliki dua orang kakak yang bergilir-gilir melawatnya setiap hari dan menghabiskan masanya menguyah gula-gula, kek, biskut dan sosej sambil menonton televisyen di katil.






Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Kisah Lelaki Paling Gemuk Di Dunia, Keith Martin!

Betol-betol Hangat! Lelaki Paling Cantik di dunia!

Oleh Kaki Wayang on

http://mynewshub.my/bm/files/2011/06/16.jpg 

Korang tahu tak siapa wanita tercantik didunia? Konfem tahu kan? Tapi kan korang tahu tak siapa lelaki aka jejaka tercantik di duni? Nong Poy, dikatakan sebagai lelaki paling cantik di dunia.

Di sebalik kecantikannya yang luar biasa, sebenarnya Nong Poy Treechada adalah seorang lelaki yang telah melakukan pembedahan kelamin pada usia 17 tahun. Nong Poy yang lahir pada tahun 1984 ini memiliki ketinggian 171 sentimeter, ukuran badan 33-24-36 dan berat 48 kg.

http://www.bkk-guru.com/images/nong-poy/nong-poy-katoey.jpg

Jiwa ke’wanita’annya sudah mulai dirasakan sejak Nong poy berada di bangku sekolah rendah lagi. Nong Poy merasakan dirinya lebih sesuai menjadi seorang perempuan berbanding lelaki. Nong Poy sudah lama bermimpi untuk menjadi seorang perempuan, tetapi jika dia berada di hadapan orang tuanya, Nong Poy masih berkelakuan seperti lelaki.

 http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2011/06/nongpoy.jpg

Dua tahun setelah melakukan pembedahan, Nong Poy berhasil memenangi Pertandingan Kecantikan ‘Miss Tiffany‘ pada saat dia berumur 19 tahun. Pada tahun yang sama, Nong Poy menjadi Miss International Queen (Lady-Boy) 2004.

‘Nong Poy Treechada’ yang nama sebenarnya ‘Treechada Petcharat’, dikatakan kononnya sudah bertunang dengan seorang aktor lelaki Thailand.

http://syahrilkadir.files.wordpress.com/2011/06/9941da47400b620ac4f8b0f105e16bb61235098626_full.jpg?w=500&h=374
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Lelaki Paling Cantik di dunia!