PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label mandi wajib. Show all posts
Showing posts with label mandi wajib. Show all posts

Edisi Informasi! MENARIK! Jom Baca Rahsia Di Sebalik Mandi Wajib!

Oleh Kaki Wayang on

mandi kosong MENARIK! Jom Baca Rahsia Di Sebalik Mandi Wajib



Mandi wajib adalah mandi yang perlu dilakukan oleh seseorang Muslim untukmembersihkan dirinya daripada hadas besar dan melibatkan perbuatan mandi dengan membasahi seluruh anggota badan. Hukum mandi wajib ataupun mandi junub adalah wajib ke atas orang Muslim untuk membersihkan dirinya daripada hadas besar.

Hikmah Di Sebalik Mandi Wajib

Adalah banyak diketahui oleh pakar sains bahawa di bawah kulit manusia terdapat banyak mikroorganisma yang hidup komensal. Mikroorganisma ini akan keluar dan berada di hujung rambut dan bulu roma setiap kali manusia berpeluh atau selepas melakukan hubungan kelamin dengan isteri @ suami. Sudah tentulah badan akan menjadi kotor dan organisma ini akan mudah berjangkit kepada orang lain apabila ia keluar dan berurusan tanpa mandi junub.

Bakteria ini jika sekiranya mempunyai peluang untuk menguasai badan kita ketikadaya tahan badan manusia menjadi lemah akan mengambil kesempatan dan akan menjadi parasit dan boleh menyebabkan jangkitan di tubuh badan kita. Itulah sebabnya Islam menetapkan mandi junub sebagai cara pembersihan diri dan tubuh badan daripada tercemar daripada bakteria tadi. Keluar berjual-beli, makan, minum, berhubungan dan berinteraksi dengan orang lain dalam keadaan berjunub adalah makruh. Allah Yang Maha Mengetahui tentang makhluk yang diciptakannya ini telah menetapkan bahawa manusia mesti mandi wajib selepas setiap kali datang haid nifas dan bersetubuh.

Ia adalah bagi tujuan pembersihan dan penyucian diri. Apabila bakteria tadi terkena atau dikenakan padanya air yang dapat menghilangkanya dari badan, ia akan mati dan tidak dapat menjangkiti orang lain. Maka terselamatlah manusia daripada jangkitan dan wabak penyakit sekaligus dan meneruskan hidup dalam keadaan bersih dan sihat.

Tayammum Pengganti Mandi Wajib

Kenapakah tayammum dapat menggantikan mandi junub dan wudu’ ( dua jenis penyucian diri dalam Islam ) dalam keadaan air di tempat yang kering-kontang?Bakteria apabila terkena air akan mati disebabkan tekanan osmosis di dalam badannya sehingga air boleh menyerap masuk ke dalam badan dan akhirnya ia mati kerana mengalami overhydration. Begitu juga halnya apabila bakteria tadi didedahkan kepada keadaan yang terlalu kering dan kontang seperti apabila dikenakan padanya debu. Ia akan mati setelah air badannya keluar kerana tekanan osmosis lebih rendah daripada tekanan osmosis di luar badan menyebabkanya mati kerana air badan keluar dan kerana kekontangan fisiologi badan. – Oleh: Dr Jamnul Azhar Hj Mulkan

Mandi Wajib Mengikut Sunnah Rasulullah SAW

Segala amal ibadah yang hendak dilakukan sebaik-baiknya perlu mengikut jejak langkah Rasulullah SAW.

Al—Bukhari dan Muslim daripada Aisyah r.ha. meriwayatkan sebuah hadis mengenai cara Rasulullah SAW mandi dengan katanya yang bermaksud: “Apabila Nabi SAW mandi janabah, Baginda mulakan dengan membasuh kedua-dua tangannya.” (Hadis riwayat Muslim)

Menurut riwayat Muslim, “Kemudian Baginda mencurahkan air dengan tangan kanannya keatas tangan kirinya, lalu membasuh kemaluannya.”

Munurut hadis di sisi al-Bukhari yang diriwayatkan dripada Maimunah r.ha.“Rasulullah SAW apabila mandi jenabah, Baginda mulakan dengan membasuh kedua-dua tangannya. Kemudian Baginda menuang dengan tangan kanannya daripada tangan kirinya, lalu Baginda membasuh kemaluannya. Kemudian Baginda berwuduk sebagaimana wuduk sembahyang. Kemudian Baginda memasukkan jari-jarinya ke dalam air lalu menyelati dengannya pangkal-pangkal rambutnya. Kemudian Bagindamencurahkan air di atas kepala sebanyak tiga cebok tangannya ke seluruh badannya. Kemudian Baginda mencuci kedua-dua kakinya
Sila baca selanjutnyaEdisi Informasi! MENARIK! Jom Baca Rahsia Di Sebalik Mandi Wajib!

Betol-Betol Hangat! Soal Jawab Agama: Niat mandi wajib setiap kali mandi

Oleh Kaki Wayang on

SAYA gadis berusia 27 tahun. Setiap kali selepas habis haid, saya akan berniat, ‘Sahaja aku mandi hadas besar kerana Allah Taala’.Namun begitu, setiap kali mandi, saya akan membaca niat berkenaan kerana pernah mendengar ceramah daripada seorang perunding motivasi yang mengatakan ia lebih afdal jika setiap kali mandi dibacakan niat itu kerana tidak tahu bila ajal akan menjemput kita.Adakah sah solat saya selama ini dengan membaca niat yang dilafazkan itu sama dengan mandi lain? Saya beranggapan haid dalam kategori hadas besar jadi saya niatkan begitu.

Sehingga kini saya masih membaca niat hadas besar ketika mandi biasa atau mandi haid.

YATI 
Perak
PANDANGAN perunding motivasi itu hanya pandangan peribadi dan tidak bertepatan dengan hukum fiqah.

Menurut hukum fiqah, sebab yang mewajibkan mandi ialah (1) bersetubuh (2) keluar mani (3) mati selain mati syahid (4) keluar darah haid (5) bersalin dan (6) keluar darah nifas.

Berkaitan dengan mati, adalah menjadi fardu kifayah bagi orang yang hidup untuk memandi, mengkafan, menyembahyang dan mengebumikan orang yang mati.

Orang Islam tidak pernah diminta mandi wajib setiap kali mandi.

Mandi wajib hanya dilakukan apabila berlaku sebab di atas.

Bagaimanapun, amalan saudari walaupun salah tidak menyebabkan terbatal solat lima waktu.

Sebenarnya terdapat tiga jenis mandi iaitu mandi wajib, mandi sunat dan mandi harus.

Mandi harus ialah mandi yang dilakukan seharian demi menjaga kesihatan dan kesegaran badan.
Sila baca selanjutnyaBetol-Betol Hangat! Soal Jawab Agama: Niat mandi wajib setiap kali mandi