PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label niat iktikaf. Show all posts
Showing posts with label niat iktikaf. Show all posts
Home » Posts filed under niat iktikaf
Betol-betol Insaf! Iktikaf pada 10 hari terakhir Ramadan
Oleh Kaki Wayang on
SEMPENA 10 hari terakhir Ramadan dikemukakan dalam isu ini berkaitan iktikaf. Ia berdasarkan kitab al-Fiqh al-Manhaji. Iktikaf dari segi bahasa adalah tetap dan tenteram dengan sesuatu. Menurut syarak pula bermaksud berada di dalam masjid dengan niat tertentu.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid (al-Baqarah: 187).
Sementara hadis pula, daripada Aisyah bermaksud: Nabi SAW beriktikaf pada sepuluh hari yang akhir bulan Ramadan, kemudian diikuti pula oleh para isteri baginda (riwayat al-Bukhari (1922) dan Muslim (1172).
Iktikaf adalah syariat yang telah lama dikenali sebelum Islam. Ini berdasarkan firman Allah SWT: Dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, bersihkanlah rumah-Ku (Kaabah dan Masjidil Haram dari segala perkara yang dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf, dan orang-orang yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya), dan orang-orang yang rukuk dan sujud (al-Baqarah ayat 125).
Hikmah pensyariatan
Setiap Muslim mesti mencuba dari semasa ke semasa menyekat nafsu daripada segala keinginan yang diharuskan dan mengekang diri untuk mentaati Tuhan. Seterusnya menumpukan ibadat kepada-Nya supaya jiwa sentiasa patuh dan tunduk mencintai Allah SWT, sentiasa mengutamakan keredaan-Nya dan meninggalkan segala keinginan yang diharamkan dan kehendak nafsu yang memberi kemudaratan.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu) (Yusuf: 53).
Justeru, iktikaf disyariatkan semata-mata untuk menumpukan fikiran, membersihkan hati, dan mendidik nafsu supaya dingin terhadap keinginan yang diharuskan. Seterusnya menjauhi segala yang bertentangan dan dosa.
Hukum iktikaf
Sunat iktikaf pada setiap masa. Ia sangat digalakkan dalam bulan Ramadan, lebih-lebih lagi pada 10 hari terakhir di bulan tersebut. Namun, iktikaf menjadi wajib bagi sesiapa yang bernazar melakukannya. Oleh yang demikian, hukum iktikaf terbahagi kepada tiga, iaitu:
Sunat pada sebarang waktu.
Sunat muakkad pada 10 hari terakhir bulan Ramadan. Hikmah iktikaf sangat dituntut pada hari tersebut untuk mendapatkan Lailatulqadar, malam yang termulia dalam setahun. Firman Allah SWT yang bermaksud: Malam Lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan (al-Qadr: 3). Ini bererti, amalan pada malam tersebut lebih baik daripada amalan 1,000 bulan yang tidak ada Lailatul Qadar. Jumhur ulama berpendapat, Lailatul Qadar adalah 10 malam akhir Ramadan.
Wajib sekiranya bernazar.
Syarat sah iktikaf
Sah iktikaf dengan dua syarat:
Niat. Berniat pada permulaan iktikaf, iaitu berniat berada di dalam masjid selama tempoh yang tertentu dengan tujuan beribadat melaksanakan sunnah. Sesiapa yang masuk ke dalam masjid dengan niat keduniaan atau tanpa sebarang tujuan, perbuatannya itu tidak dianggap iktikaf dari segi syarak.
Berada di dalam masjid dalam tempoh yang dikira iktikaf pada anggapan umum.
Termasuk juga dalam syarat ini ialah syarat-syarat harus tinggal di dalam masjid. Iaitu suci daripada janabah, haid, nifas dan tiada sebarang najis pada pakaian dan badan yang boleh mengotori masjid.
Batal iktikaf seseorang yang keluar daripada masjid tanpa sebab. Namun, iktikaf tidak batal sekiranya dia keluar dengan bersebab dan masuk semula ke dalam masjid. Ia dianggap sama hukumnya dengan iktikaf yang berterusan.
Sunat berpuasa ketika beriktikaf. Walau bagaimanapun, ia tidak menjadi syarat untuk mendapat pahala sunat iktikaf itu. Ini berdasarkan hadis, daripada Ibn Abbas, Nabi SAW bersabda: "Orang yang beriktikaf tidak wajib berpuasa kecuali dia mewajibkannya sendiri (riwayat al-Hakim)."
Iktikaf nazar
Seseorang yang bernazar beriktikaf dalam tempoh tertentu secara berturutan tidak harus keluar masjid kecuali sebab yang perlu, seperti buang air besar dan kecil, berwuduk dan seumpamanya.
Tidak haram keluar masjid disebabkan keperluan tersebut dan iktikafnya juga tidak terputus.
Sebaliknya, haram dia keluar tanpa sebab yang perlu. Seperti bersiar-siar atau sebarang perbuatan yang tidak mustahak. Iktikaf juga terputus dan wajib memulakannya semula.
Seseorang yang bernazar beriktikaf ketika sedang berpuasa maka wajib meneruskannya. Ini adalah cara iktikaf yang afdal. Apabila itu yang dinazarkan maka dia wajib melakukannya.
Seseorang mungkin bernazar beriktikaf di masjid tertentu, tetapi dia tidak terikat beriktikaf di masjid tersebut.
Malah, sah jika beriktikaf di masjid yang lain, sekalipun masjid yang ditentukannya itu lebih utama daripada masjid yang lain kecuali Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsa.
Apabila dia bernazar untuk beriktikaf di dalam masjid yang tertentu antara tiga masjid tersebut, dia wajib beriktikaf di dalamnya.
Ini kerana kemuliaannya yang lebih dan pahala beribadat di dalamnya yang berganda. Akan tetapi, Masjidil Haram boleh menggantikan tempat kedua-dua masjid yang lain dan tidak boleh sebaliknya. Begitu juga Masjid Madinah boleh menggantikan tempat Masjidil Aqsa dan tidak sebaliknya.
Adab-adab Iktikaf
Orang yang beriktikaf sunat membuat amalan yang mentaati Allah SWT, seperti berzikir, membaca al-Quran dan membincangkan ilmu pengetahuan. Ini kerana amalan itu lebih sesuai untuk mencapai tujuan iktikaf tersebut.
Beriktikaf serta puasa adalah afdal dan lebih mampu menguasai keinginan nafsu, menumpukan fikiran dan membersihkan jiwa.
Beriktikaf di masjid, yang didirikan solat Jumaat.
Jangan bercakap-cakap kecuali perkara yang baik. Jangan memaki, mengumpat, mengacum dan berbual-bual perkara yang tidak berfaedah.
Makruh iktikaf
Makruh berbekam di kepala dan badan yang terjamin tidak mengotori masjid. Akan tetapi, hukumnya haram jika perbuatan itu dikhuatiri akan mengotorkannya. Membuat kerja-kerja sambilan, seperti mengait benang, menjahit dan lain-lain. Begitu juga dengan berjual beli, sekalipun sedikit.
Perkara merosakkan iktikaf
Bersetubuh dengan sengaja sekalipun tanpa keluar mani. Firman Allah SWT: Dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid (al-Baqarah: 187). Sementara perbuatan yang lain, seperti bersentuhan dan berkucupan tidak membatalkan iktikaf kecuali apabila keluar mani.
Keluar masjid dengan sengaja tanpa sebab yang perlu.
Murtad, mabuk dan gila.
Haid dan nifas .kerana kedua-duanya menghalang seseorang berada di dalam masjid.
Namun begitu, orang yang berniat iktikaf sunat harus memutuskan iktikafnya dan keluar masjid pada bila-bila masa yang dikehendakinya. Setelah keluar masjid, dia hendaklah memperbaharui niat iktikafnya apabila masuk semula ke masjid.
Maka marilah sama-sama kita mengambil kesempatan pada malam-malam terakhir Ramadan ini untuk beriktikaf dan dengannya, insya-Allah kita berjumpa serta dapat menghidupkan malam Lailatul Qadar.