PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label peminat tidak puas hati. Show all posts
Showing posts with label peminat tidak puas hati. Show all posts

Betol-betol Kontroversi! Gol kontroversi - peminat tidak puas hati

Oleh Kaki Wayang on

 
Penjaga gol Malaysia, Mohd Izham Tarmizi dan rakan sepasukan Mohd Zubir Mohd Azmi (kiri) cuba membantah keputusan "gol" oleh pengadil, pada masa yang sama pemain Chelsea John Obi Mikel (kanan) meraikan jaringan tersebut ketika perlawanan antara Chelsea dan pasukan pilihan Malaysia di Stadium Bukit Jalil, 21 Julai 2011.
Rata-rata peminat bola sepak tempatan meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan keputusan penjaga garisan yang membuat keputusan "gol" hasil daripada tendangan percuma penyerang sensasi Chelsea, Didier Drogba pada perlawanan menentang pasukan pilihan Malaysia, malam tadi.
Gol kontroversi yang membolehkan Chelsea menang tipis (1-0) itu, sekaligus menyelamatkan pengurus baru Chelsea Andre Villas Boas yang mahu mengekalkan rekod kemenangannya. Selain Drogba, Chelsea yang dilengkapi pemain termahal seperti Fernando Torres, Frank Lampard, John Terry, Nicolas Anelka, Florent Malouda dilihat beraksi hambar dan dianggap gagal menyerlah setelah diberi saingan hebat skuad ong Kim Swee yang dibarisi pemain muda.

Salah seorang peminat bola sepak, Raja Azrie Raja Muzaffar berpendapat adalah memalukan bagi Chelsea apabila mereka hanya meraih kemenangan 1-0 lebih-lebih lagi menerusi gol kontroversi.

"Beberapa kali saya mengamati ulangan babak jaringan tersebut. Ia ternyata tidak gol apabila bola hanya melantun diluar garisan gawang. Walaupun begitu, keputusan penjaga garisan yang bertugas adalah keputusan mukhtamad.

"Saya memuji barisan pemain negara yang berusaha mengekang kemaraan Chelsea," katanya.

Menurut seorang lagi peminat, Helmi Zafawi Zainalabidin turut meluahkan perkara yang sama: "Kalau diikutkan, jaringan tersebut memang tidak masuk. Itulah pentingnya keputusan pengadil dibuat menerusi teknologi garisan gol supaya keputusan tepat dapat diperolehi.

"Dalam pertemuan itu, saya melihat pertahanan Malaysia menunjukkan persembahan menarik, tetapi barisan serangan harus dipertingkatkan bagi meraih lebih banyak peluag didepan pintu gol lawan," katanya.

Bola hasil tendangan Drogba pada minit ke-79 itu terlebih dahulu singgah di tiang sebelum terkena badan penjaga gol gantian pasukan kebangsaan, Mohd Izham Tarmizi. Namun penjaga garisan, M. Sivanesan mengisyaratkan bola tersebut sudah melintas garisan.
P/s: Takpelah..at least Chelsea nampak yang mereka memerlukan gol kontroversi untuk menang..hehehe

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Kontroversi! Gol kontroversi - peminat tidak puas hati