PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label punca obesiti. Show all posts
Showing posts with label punca obesiti. Show all posts

Betol-betol Simpati! ‘Terima kasih, sayang mama’

Oleh Kaki Wayang on

MAUT...anggota bomba dan penyelamat Machang mengeluarkan empat mayat pelajar UiTM dan seorang yang cedera parah dalam nahas, semalam. 

“Terima kasih, sayang mama.” Itu antara kandungan SMS terakhir Mohd Syamil Malek kepada ibunya beberapa jam sebelum terbunuh dalam kemalangan meragut empat nyawa di Kilometer 4.2 Jalan Machang-Pasir Puteh, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, selain Mohd Syamil tiga lagi mangsa yang terkorban ialah rakannya yang sama-sama menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kelantan di sini manakala seorang lagi cedera.
Semua mangsa berusia 19 tahun dan menuntut di tahun dua dalam jurusan Diploma Seni Lukis dan Seni Reka.

Mohd Syamil dari Batu Pahat, Johor dan Mohd Rizal Mohd Zin dari Kluang, Johor meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Mohd Faizuddin Jamil dan Mohd Syazwan Rosli, masing-masing dari Shah Alam, Selangor dan Pekan, Pahang pula meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian manakala Haziq Zailani hanya cedera ringan.
 
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Simpati! ‘Terima kasih, sayang mama’

Betol-betol Informasi! Kesan Gula Kepada Kanak-Kanak!

Oleh Kaki Wayang on

 http://vibizlife.com/UserFiles/Image/Food/februari08/gula.main.jpg

Paras gula yang tinggi atau Hyperglycaemia akan menyebabkan pembakaran glukosa yang berlebihan di dalam otot. Pembakaran tenaga akan menghasilkan gerak-geri otot yang menyebabkan kanak-kanak bergerak tanpa akawalan. Dengan tenaga yang berlebihan, mereka akan mula berlari-lari, melompat dan menjerit-jerit tanpa kawalan. Inilah yang dinamakan "Hiperaktif".


Pembakaran gluosa pula menghabiskan  vitamin B1, B2, B3 dan kalsium, magnesium dan oksigen kerana sebahagian besarnya telah digunakan untuk aktiviti pergerakan otot. Kekurangan vitamin dan zat ini mengurangkan baki bekalan glukosa untuk kegunaan otak. Keadaan ini akan mempengaruhi emosi anak. Mereka mudah gelisah dan cemas krerana otak tidak mendapat bekalan glukosa, oksigen, vitamin dan zat galian yang mencukupi.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Informasi! Kesan Gula Kepada Kanak-Kanak!