PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label rambut baru wayne rooney. Show all posts
Showing posts with label rambut baru wayne rooney. Show all posts

Edisi Hangat! Gempar Apabila Gambar Wayne Rooney Bertudung Kini Mula Tersebar!

Oleh Kaki Wayang on


Siapa tak kenal Wayne Rooney? Angkat tangan..mesti ada juga yang buat-buat tak tahu kan atau buat-buat tak kenal ngan mamat sorang ni..hehehe..seorang pemain bolasepak bagi pasukan Manchester United.. Jom kita tengok gambar beliau bertudung..Macam mana agakanya rupa Wayne Rooney..comel ke tak atau sesuai sebagai mak nyah atau pape jela..Tengok gambar kat bawah!
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Gempar Apabila Gambar Wayne Rooney Bertudung Kini Mula Tersebar!

Edisi Hangat! Wayne Rooney lunas dendam!

Oleh Kaki Wayang on


Dua jaringan dalam tempoh empat minit pada separuh masa kedua oleh Wayne Rooney memastikan Manchester United mencatat kemenangan penting ke atas musuh ketat mereka, Liverpool 2-1 dalam aksi penuh tegang Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, semalam.
Bertambah manis buat United, ia bukan sahaja memastikan dendam tersingkir di tangan Liverpool pada pusingan keempat Piala FA dapat dilunaskan tetapi ia seolah-olah satu kemenangan moral buat Patrice Evra yang kecewa dengan tindakan tidak beradab Luis Suarez kerana enggan berjabat tangan dengannya sebelum perlawanan.

Ledakan pertama Rooney hadir hanya seminit selepas separuh masa kedua bermula melalui situasi sepakan sudut selepas separuh masa pertama, kedua-dua buntu mencari jaringan biarpun perlawanan banyak dikuasai oleh Red Devils.

Steven Gerrard gagal menanduk keluar bola sepakan sudut United yang diambil oleh Ryan Giggs sebelum bola tersebut hadir tepat di kaki Rooney yang berada di hadapan gawang Liverpool dan melepaskan rembatan padu bagi meletakkan Red Devils di hadapan pada minit ke-46.

Gol itu ternyata membuatkan United semakin bersemangat memburu kemenangan ke atas musuh tradisinya itu dan tiga minit kemudian, Red Devils berjaya menambah gol kedua, sekali lagi menerusi Rooney.

Berpunca daripada kesilapan Jay Spearing yang kehilangan bola berhampiran kotak penalti, Antonio Valencia pantas merampas bola untuk menghantar tepat kepada Rooney yang tidak dikawal dan merembat leret melepasi celahan kaki Pepe Reina.

Liverpool bagaimanapun tidak cepat mengalah apabila terus meningkatkan asakan dengan membawa masuk Andy Carroll dan Craig Bellamy untuk menggantikan Spearing dan Stewart Downing pada minit ke-60.

Akhirnya, Liverpool berjaya merapatkan jurang pada minit ke-80 menerusi Suarez yang bijak menghukum kesilapan Rio Ferdinand yang gagal mengeluarkan bola daripada kawasan bahaya sepakan percuma Luis Enrique.

Namun, harapan The Reds untuk mencari gol penyamaan tidak kesampaian dengan peluang terbaik menerusi Glen Johnson dari jarak 25 kaki dapat ditepis keluar oleh David De Gea.

Kemenangan itu meletakkan United kini memungut 58 mata daripada 25 perlawanan, merampas sementara kedudukan City dengan kelebihan satu mata yang akan beraksi hari ini menentang Aston Villa di Villa Park.

Perlawanan itu sudah mencipta kontroversi sebelum permainan bermula kerana Suarez enggan berjabat tangan dengan Evra sehinggakan pertahanan United cuba memegang lengan penyerang Liverpool itu tetapi tidak diendahkan.

Insiden itu bertambah tegang apabila Ferdinand yang ternampak kejadian itu membalas tindakan pemain antarabangsa Uruguay dengan turut tidak menghulurkan tangan kepada Suarez.

Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Wayne Rooney lunas dendam!

Edisi Sentap! Suarez patut dibuang padang - Rooney!

Oleh Kaki Wayang on


Luis Suarez terlibat dalam satu lagi kontroversi sekembalinya daripada penggantungan, apabila bintang Manchester United, Wayne Rooney mendakwa penyerang Liverpool itu patut dibuang padang ketika Reds seri tanpa jaringan dengan Tottenham, semalam. 

Selepas tamat perlawanan, pengurus Reds, Kenny Daglish mengulangi sokongannya terhadap Suarez, sambil menegaskan bahawa pemain Uruguay itu tidak sepatutnya digantung lapan perlawanan.

Bagaimanapun fokus Rooney adalah kepada insiden yang berlaku di atas padang sebaik sahaja Suarez dimasukkan sebagai pemain gantian di Anfield semalam.

Penyerang tersebut dilayangkan kad kuning kerana menendang perut pemain tengah Tottenham, Scott Parker.

Rooney percaya, untuk kekasaran seperti itu, kad merah adalah tindakan paling wajar.

"Sekiranya pengadil melihat tendangan yang dilakukan Suarez, dia pasti akan mengambil tindakan terhadapnya, ia sepatutnya kad merah,'' kata Rooney dalam rangkaian sosial, Twitter.

Rooney menerima kritikan atas komen yang dikeluarkan itu, namun mempertahankannya dengan membuat perbandingan dengan rekod disiplinnya sendiri ketika menjawab soalan yang diajukan oleh peminat.

"Kepada sesiapa yang bercakap mengenai sikap agresif saya, saya ingin beritahu bahawa saya belum menerima satu pun kad kuning musim ini,'' kata Rooney lagi.

Bekas pertahanan United dan England, Gary Neville turut bersetuju dengan pandangan Rooney mengenai insiden tersebut.

Neville memberitahu Sky Sports: "Suarez memang bertuah. Pengadil melepaskan dia untuk satu kesalahan."

Dalglish bagaimanapun enggan mengulas komen kedua-dua pemain tersebut, dan memberitahu wartawan: "Mengapa anda tidak tweet balik kepada Wayne? Saya tiada pandangan mengenai apa yang mereka tweet, apatah lagi kalau saya tidak melihatnya sendiri.

"Kalau Gary Neville atau Wayne berada di sana dan bertanyakan soalan itu kepada saya, mungkin saya akan jawab tetapi saya tidak rasa anda boleh menyokong apa yang mereka kata."

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Suarez patut dibuang padang - Rooney!