PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label review filem. Show all posts
Showing posts with label review filem. Show all posts

Betol-betol Hangat! Review Filem The Infidel

Oleh Kaki Wayang on

http://img.thesun.co.uk/multimedia/archive/01015/Infidel-Artwork_68_1015399a.jpg

FILEM ini secara terang sangat jujur dengan senario yang melanda dunia Islam kini, terutama di negara yang majoritinya bukan Islam dan agama dilihat sebagai satu perbezaan yang sangat ketara. Ia juga menyentuh elemen Islam liberal yang sebenarnya sangat berbahaya kepada kepercayaan agama suci itu pada abad ini. Plotnya bergerak dalam sebuah keluarga bahagia yang hidup serba sederhana dan berfikiran moden seperti keluarga normal lain.

Bermain dalam sudut pandang yang berlegar di negara Britain, Mahmud Nasir (Omid Djalili) ialah ketua keluarga yang mempunyai dua anak dan isteri yang cantik. Dia juga berjaya sebagai usahawan kecil menjalankan perkhidmatan teksi. Watak Mahmud menjurus kepada lelaki yang menjalani kehidupan sebagai Islam dengan cara tidak terlalu taksub. Boleh bersembahyang, boleh mengaji kitab suci dan mampu memimpin anaknya ke arah Islam yang asas.

Namun Islamnya mula goyah apabila dia lebih mahu mencari dirinya sendiri selepas mendapat tahu dia adalah anak angkat. Lebih parah, apabila dia dilahirkan sebagai Yahudi.

Ketaksuban mencari dirinya secara individu mendorong Mahmud cuba menjadi Yahudi untuk sementara waktu. Melalui pertemuan dengan seorang pemandu teksi berbangsa Yahudi Amerika yang tinggal di Britain, dia mula mempelajari ilmu Yahudi. Tujuannya satu, yakni mahu bertemu bapa sebenarnya, seorang paderi Yahudi yang masih hidup tapi tenat di katil rumah orang tua-tua.

Tanpa disedari, usaha itu menjauhkan dirinya dengan siapa dirinya pada waktu ini. Malah turut menjauhkan kasih sayang yang sepatutnya dicurahkan kepada isteri dan anaknya.

Secara jujur, The Infidel ialah filem yang sensitif untuk tontonan mereka yang lemah pegangan agama. Walaupun diselitkan dengan elemen jenaka yang sememangnya mengundang ketawa besar, selitan liberal tampak sangat jelas pada mata hati penonton yang boleh melihat di sebalik perkembangan plot.

Bukan bermakna ia filem bersifat bahaya secara terang, tapi ia filem untuk tontonan bukan calang-calang. Ia filem yang sangat jujur pada ketika ini, berkesan pada hati mereka yang musykil mengenai diri dan bergerak dalam landasan benar tapi samar.

Jika ingin menonton, penonton dinasihatkan untuk menonton ia dengan jiwa dan hati yang sangat terbuka. Tonton ia sekadar filem dan bukan sebagai batu loncatan untuk mencari hati yang kelam.

>DATA
FILEM: The Infidel
ARAHAN: Josh Appignanesi
PELAKON: Omid Djalili, Amit Shah, Soraya Radford, Richard Schiff dan Igal Naor
GENRE: Komedi keluarga
TAYANGAN: 23 Jun 2011
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Review Filem The Infidel