PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label review transformers Dark of The Moon. Show all posts
Showing posts with label review transformers Dark of The Moon. Show all posts

Betol-betol Sengal! Transformers: DoTM Terlalu Meleret!

Oleh Kaki Wayang on

Transformers: DoTM Terlalu Meleret 
TAJUK: Transformers: Dark of The Moon
PENGARAH: Michael Bay
PELAKON: Shia LaBeouf, Josh Duhamel, John Turturro, Tyrese Gibson, Rosie Huntington-Whiteley, Patrick Dempsey
EDARAN: Paramount Pictures


Sekali Imbas

Filem ketiga dari francais Transformers yang mencetuskan 'kegilaan' sejak tahun 2007. Dan sejak itu, setiap siri Transformers hasil kolobrasi pengarah Michael Bay dan penerbit Steven Spielberg ini sentiasa dinantikan peminat akan kemunculannya di layar perak. Bukan saja filem, pengaruh Transformers telah meluas ke pelbagai medium lain seperti permainan, siri animasi, permainan video dan sebagainya.

Ulasan Penuh

Pendapat peribadi penulis, membosankan. Ya penulis sedar yang ulasan ini mungkin kurang dipersetujui peminat Transformers lain. Tapi itu apa yang dapat dilihat dari mata penulis. Durasi filem sepanjang 2 jam 35 minit menimbulkan perasaan pada penulis, "Bila filem ini nak habis?".

Jalan ceritanya terlalu lemah dan terlalu meleret pada kebanyakan babak. Banyak adegan yang pada pendapat penulis tak perlu diberi keutamaan dan pada masa yang sama meleretkan jalan ceritanya. Babak pembukaannya saja sudah membosankan dengan tiada intro hebat memperkenalkan Autobots atau Decepticon seperti dalam filem kedua terdahulu. Cuma apa yang menarik, teknik visualnya yang menggabungkan babak-babak pendaratan angkasawan Nei Amstrong ke bulan pada 1961 digabungkan dengan ucapan Presiden John F. Kennedy dilihat betul-betul kena dengan filem ini.

Kemunculan model pakaian dalam jenama Victoria's Secret, Rosie Huntington-Whiteley yang menggantikan Megan Fox dari dua filem sebelumnya, juga amat kurang menyerlah. Aura watak Carly ini kurang menyerlah jika dibandingkan dengan watak Mikaela yang merupakan antara faktor penarik utama sebelum ini. Bentuk badannya mungkin menarik namun fokus utama harus diberikan kepada pertempuran Autobots dan Decepticon yang mana kurang dilihat dalam filem kali ini.

Jika ingin mencari kekuatan filem ini, sudah tentunya terletak pada penggunaan CGI yang melampau hebatnya (terutama jika anda menonton secara 3D). Mungkin fokus yang terlalu lebih pada CGI menyebabkan pengarah dan produksi terlupa pada pengukuhan jalan ceritanya yang sepatutnya difokuskan pada Decepticon dan watak baru, Sentinel tapi dilebihkan pada babak-babak yang tidak perlu. Kekuatan lain? Ya, lagu tema filem ini, Iridescent yang sekali lagi dinyanyikan kumpulan Linkin Park berjaya menaikan mood kegelapan.

Dari segi aksi, tidak banyak kali ini. Aksi dikurangkan, drama dilebihkan, sesuatu yang tidak patut untuk sebuah filem fiksyen yang plot asalnya menceritakan tentang dua puak makhluk asing yang sememangnya kaum berperang. Aksi yang ada pula memfokuskan pada manusia melawan robot, mungkin untuk menunjukkan kemampuan manusia bertarung sendiri melawan Decepticons yang canggih dan kejam itu.

Keseluruhannya, filem ini tidaklah seteruk mana namun tidak juga sehebat yang diharapkan penonton selepas menonton trailer gempaknya tidak lama dahulu. Momentumnya amat perlahan tapi kreativiti untuk menggabungkan jalan cerita dengan isu-isu sebenar di dunia harus dipuji.

Sipnosis

Selepas menyelamatkan dunia dua kali, kehidupan Sam Witwicky tidaklah seperti diharapkanya. Tinggal bersama kekasih baru, Carly Spencer, sifat kelakiannya tercabar kerana dia masih menggangur manakala kekasihnya berkerja di sebuah syarikat menjual kereta antik. Kehidupan Sam tambah tertekan kerana tidak bersama Autobots dalam misi-misi keamanan mereka.

Pada masa yang sama, penemuan terbaru dari puak Autobots mendapati kerajaan Amerika merahsiakan sesuatu dari pengetahuan mereka iaitu mereka rahsia penemuan di bulan ketika pendaratan angkasawan Neil Amstrong pada 1961. Apakah rahsia tersebut sehingga menyebabkan Optimus Prime berang dengan manusia? Dapatkah Sam kembali bertemu dengan rakan-rakan Autobotsnya? Dan apa pula perancangan Megatron dalam perkara ini?


P/s: Pada pandangan Betol-betol Hangat! amat tidak setuju dengan pandangan penulis ini..Nantikan review dari Betol-betol Hangat mengenai filem ini..al-maklumlah lain orang lain pandangan..mungkin penulis ini terlalu taksub dan over-expectation dengan filem ini..lain yang dia harapkan lain pula jadinya..
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Transformers: DoTM Terlalu Meleret!