PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label siswa berkhalwat. Show all posts
Showing posts with label siswa berkhalwat. Show all posts

Betol-betol Bangang! ‘Adik beradik’ khalwat dicekup

Oleh Kaki Wayang on

http://4.bp.blogspot.com/-04NbgF0TtZg/TqTd2zqiIRI/AAAAAAAACh8/0yIBqetlcfE/s400/sh-pasangan%2Bkhalwat.jpg

Lakonan drama sepasang kekasih berusia 26 dan 28 tahun yang menyamar sebagai adik-beradik bagi mengelak dicekup berkhalwat terbongkar apabila wanita itu ketakutan selepas digertak mengenai balasan orang yang berzina ketika di akhirat.

Mereka ditahan selepas didapati berdua-duaan di sebuah hotel bajet di Taman Medan dalam operasi cegah maksiat Ahli Jawatankuasa dan Pemuda Masjid Nurul Ehsan dengan kerjasama polis awal pagi semalam. Pasangan itu mengambil kesempatan mengaku sebagai adik-beradik selepas pemeriksaan pada MyKad mendapati kedua-duanya mempunyai nama bapa yang sama namun berbeza alamat tempat tinggalnya.

:Pihak masjid yakin sesuatu yang tidak kena berikutan pasangan itu memberi alasan tidur di situ kerana berpindah rumah, malah ketika pintu bilik dibuka si perempuan masih berselimut di atas katil dan hanya memakai pakaian dalam selain mengakui sering melakukan hubungan seks di situ.

Dalam serbuan di hotel yang sama juga, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun yang ditahan bersama kekasihnya merayu meminta dilepaskan atas alasan ibunya mengenali imam yang terlibat dalam operasi.

Operasi selama tiga jam itu turut menahan seorang guru wanita menyembunyikan diri di dalam bilik air dengan hanya berkemban selepas menyedari rumahnya diserbu. Ketika ditahan guru terbabit berusia 29 tahun berdua-duaan dengan seorang lelaki berstatus duda berusia 33 tahun di rumah sewa lelaki terbabit.

Manakala seorang lagi penjawat awam berusia 25 tahun dicekup selepas disyaki berkhalwat dengan seorang janda berusia 35 tahun, anak tiga di rumah.

Imam 1 Masjid Nurul Ehsan, Abdul Muin Abdul Hamid berkata, operasi besar-besaran tersebut akan diteruskan bagi membanteras kegiatan maksiat di kawasan Taman Medan.

“Operasi ini adalah susulan daripada aduan dan maklumat daripada penduduk setempat yang merasakan tempat disyaki seperti hotel bajet dan rumah persendirian perlu diberi perhatian agar tidak menjadi lokasi mudah melakukan perbuatan sumbang,” katanya kepada Sinar Harian.

Kesemua pasangan dibawa ke Balai Polis Petaling Jaya sebelum diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk tindakan selanjutnya. 

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Bangang! ‘Adik beradik’ khalwat dicekup

Betol-betol Sengal! Calon SPM ditangkap khalwat!

Oleh Kaki Wayang on


“Saya hanya berehat dan menonton televisyen di bilik ini.”

Demikian alasan seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) apabila dicekup berkhalwat bersama pasangannya oleh Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL), awal pagi semalam.

Remaja perempuan berusia 17 dan pasangannya berusia 27 itu ditahan dalam serbuan kira-kira jam 12.30 pagi ketika sedang berdua-duaan di dalam sebuah bilik di bengkel jentera di Serom 6, Sungai Mati, di sini.

Pelajar itu juga mendakwa dia datang ke bilik teman lelakinya itu sekadar untuk mengisi masa lapang kerana tiada kertas peperiksaan yang diduduki pada hari tersebut, selain akan pulang ke rumah di Muar sebaik sahaja selesai berehat di bilik itu.

Manakala, teman lelakinya adalah duda beranak dua dan baru sahaja bekerja di bengkel itu sejak sebulan lalu.

Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota yang diketuai Pegawai Penguatkuasa, Zainal Kadiran memeriksa bilik di bengkel itu.

Menurutnya, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki yang hanya berseluar dalam membuka pintu.

“Para penguat kuasa hanya me­nunggu kira-kira dua minit sebelum lelaki itu membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan.

“Pemeriksaan menemui seorang remaja perempuan memakai baju-T dan berseluar pendek sedang baring di atas tilam,” katanya kepada Sinar Harian.

Sulaiman berkata, pasangan itu kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.

“Mereka dibawa ke Balai Polis Sungai Mati untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke Pejabat Agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing.

“Mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Calon SPM ditangkap khalwat!

Betol-betol Bengap! Siswi pulang bercuti melencong pergi khalwat

Oleh Kaki Wayang on

Seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Selangor sepatutnya pulang ke rumah keluarganya di Kedah, tetapi ‘melencong’ ke Butterworth untuk memadu kasih bersama teman lelakinya sebelum ditahan kerana berkhalwat di sebuah hotel, Jumaat lalu. 

Dalam operasi penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) kira-kira jam 11.30 malam itu, penuntut berusia 22 tahun terbabit berada di bilik air dengan berbaju tidur bertali halus tanpa pakaian dalam dan berseluar jeans manakala teman lelakinya berusia 20-an, berpakaian lengkap.

Ketika disoal sepasukan pegawai penguat kuasa JHEAIPP, gadis itu mengaku sudah bekerja sebelum helahnya terbongkar apabila keluarganya yang datang untuk menjamin memberitahu pegawai penguat kuasa dia masih menuntut di sebuah IPTA.

Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan, berkata pihaknya curiga dengan tindakan gadis itu yang berdolak-dalik memberi pelbagai alasan sebelum dibawa ke Balai Polis Butterworth untuk dibuat laporan tangkapan.

“Ketika di balai polis itu, keluarganya datang sebelum memberitahu pegawai agama dia masih menuntut di sebuah IPTA.

“Tindakannya itu mengecewakan selain memalukan keluarganya dengan tidur di hotel sedangkan dia sepatutnya pulang bercuti bertemu keluarga sebaliknya teman lelaki diutamakan,” katanya. Hasil pemeriksaan, kedua-duanya gagal membuktikan sebarang hubungan muhrim selain mengaku pasangan kekasih.

P/s: Betol-betol Bengap! Memang sesuai tagline tu kan..untuk entri ni..dulu BBH kalau balik bercuti je takde pon nak melencong ke tempat lain..rasa nak jumpa mak je..xde nye nak check in kat hotel..manusia dan remaja zaman sekarang..dah jadi kebiasaan..macam rutin pula..semoga menjadi pengajaran dan iktibar yer kengkawan sume..tak mo, tak mo macam tu..
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Bengap! Siswi pulang bercuti melencong pergi khalwat