Taktik seorang calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) mendakwa meminjam motosikal rakannya tidak menjadi
apabila dia dicekup dalam operasi bersepadu di persimpangan Masjid Aman,
Jalan Kuala Kedah, di sini, malam kelmarin kerana memiliki motosikal
curi. Difahamkan, pelajar lelaki berusia 17 tahun itu dipercayai baru
mencuri motosikal Honda di Jalan Stadium, di sini, jam 9 malam sebelum
ditahan polis dua jam selepas itu.
Ketua Trafik Daerah Kota
Setar, Deputi Superintendan Mohd Sham Abdullah, berkata pelajar itu
memberi alasan meminjam motosikal kawannya dan mahu pulang ke rumahnya
di Kuala Kedah, di sini.
“Pelajar itu teragak-agak dan gagal memberitahu nama kawannya yang
memberikan dia pinjam motosikal itu. Apabila disoal berkali-kali,
barulah dia beritahu baru lepas mencuri motosikal itu di Jalan Stadium
jam 9 malam.
“Dia beri alasan pinjam motosikal kawan dan nak
balik rumah di Kuala Kedah dan apabila ditanya siapa nama kawannya itu,
dia tidak dapat menjawab.
“Suspek ditahan mengikut Seksyen
379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan dan siasatan lanjut masih
dilakukan,” katanya selepas mengetuai operasi itu di sini, malam
kelmarin.
Sila baca selanjutnya → Betol-betol Kantoi! Temberang tak menjadi!