Betol-betol Simpati! Apa salah saya!

Oleh Kaki Wayang on

Sedih dan simpati menyelubungi diri apabila kisah simbah asid kembali menjadi duri dalam daging setiap manusia di muka bumi ini..entah apa salah dan silapnya mereka diperlakukan sedemikian..sedih dan pilu bila membaca kisah mereka..

Alkisahnya:-

http://syahrilkadir.files.wordpress.com/2011/05/klserialacidsplashervictim.jpg

Bukan gambar sebenar

Muka saya tiba-tiba menjadi panas selepas dibaling ‘air’ oleh seorang lelaki ketika dalam perjalanan ke rumah rakan untuk mengulang kaji pelajaran,” kata Shafiq Haikal Mat Safar Zaidi, 13, mangsa simbahan asid seorang lelaki kurang siuman dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam di Felda Jengka 9 di sini, Selasa lalu.

Beliau berkata, dia yang menunggang motosikal bersama adiknya, Shafiq Aiman, 9, baru pulang dari mengaji al-Quran dan bercadang ke rumah rakan untuk mengulang kaji pelajaran bersama tetapi secara tiba-tiba dikejar seorang lelaki sebelum membaling sesuatu ke arah mereka. “Lelaki itu berlari ke arah kami dan terus melempar sesuatu menyebabkan muka dan badan kami menjadi pedih serta terbakar.

“Motosikal yang ditunggang pula hilang kawalan lalu terbabas ke tepi jalan sebelum terjatuh. Nasib baik saya menunggang perlahan dan tiada kecederaan parah tapi sedih apabila cecair itu menyebabkan hampir keseluruhan muka dan badan terbakar,” katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, semalam.

Katanya, dunianya bertukar gelap serta-merta selepas mata kiri cedera dan menarik tangan adiknya yang cedera di kedua-dua mata supaya bangun untuk meminta pertolongan.

Menurutnya, lelaki yang membaling cecair itu kemudian terus melarikan diri,” katanya yang kini di rawat di unit kebakaran kanak-kanak HKL.

Sementara itu, ibu mangsa, Rohashimah Julaili, 33, tidak menyangka perkara itu menimpa anak sulung dan keduanya kerana sebelum ini lelaki berkenaan hanya mengamuk tetapi tidak pernah membuat tindakan di luar kawalan.

P/s: Tak tahu lah macam mana keadaan mereka untuk meneruskan kehidupan penuh dengan dugaan ini..kalau boleh biar akta atau undang-undang yang lebih "kejam" lagi dikenakan kepada manusia-manusia jahat (penyimbah asid) ini..

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...