Menurut beberapa sumber Dov Moran daripada M-System merupakan orang pertama yang muncul dengan konsep Pemacu Flash USB pada 1998 selepas mengalami masalah computer sewaktu membuat pembentangan kepada pelabur.
Pemacu ini menggabungkankestabilan memori flash dengan sambungan kelajuan USB. M-Systems kemudiannya melancarkan pemacu USB Flash DiskOnKey pertama pada tahun 2000. Namun beberapa syarikat lain juga mendakwa mereka merupakan individu pertama mencipta Flash USB..antaranya adalah Netac Technology dan Trek Technology.
Walau apapun bagi BBH apa yang kita hadapi sekarang..pemacu Flash USB sememangnya membawa arus teknologi yang begitu berkesan kepada pengguna.