Penduduk
di kawasan rumah panjang di Sungai Nibong, berdekatan Jambatan Sungai
Nibong dekat sini gempar apabila mendapati seorang gadis remaja pengsan
setelah mandi-manda di sungai terbabit, petang kelmarin.Menurut sumber,
mangsa yang berumur lingkungan belasan tahun dari rumah panjang
berdekatan dikatakan merakam gambar sewaktu mandi manda sehingga muncul
satu imej yang me-nyerupai tangan satu lembaga seolah-olah hendak
mencekik leher mangsa.
“Setelah
mengambil gambar, mangsa terus naik ke tebing dan pengsan sehingga
menyebabkan rakan-rakannya yang lain terkejut dan cuba
membantunya.“Melihat mangsa gagal memberi sebarang tindak balas, salah
seorang rakannya kemudian berlari ke rumah panjang berdekatan untuk
meminta pertolongan,” ujarnya yang enggan dikenali kepada Utusan Borneo,
semalam.Penduduk rumah panjang yang dimaklumkan jelasnya, kemudian
bergegas ke tempat kejadian dan cuba memberikan pertolongan kepadanya
termasuk menggunakan jampi tertentu.
Menurutnya,
sedang beberapa orang penduduk rumah panjang sibuk memberi pertolongan
kepadanya, salah seorang rakannya sempat mengimbas gambar yang diambil
dengan menggunakan telefon bimbit dan alangkah terkejutnya dia apabila
melihat objek yang menyerupai tangan ‘hantu’ cuba mencekik mangsa
kelihatan dalam gambar itu.“Salah satu tangan ‘benda’ itu terletak
berdekatan dengan dagu remaja itu sementara tangan satu lagi sudah
berada di tengkuk kirinya dan dilihat seolah-oleh bersedia untuk
mencekik mangsa yang sedang berada di dalam sungai tersebut untuk
memberikan posenya kepada rakan yang sedang mengambil gambarnya,” ujar
sumber itu.
Jelas
sumber itu, mangsa kemudian dibawa ke rumah panjangnya dan difahamkan
sudah sedar dan keadaannya tidak membimbangkan.Bagaimanapun katanya,
satu upaca-ra ‘ngampun’ mengikut adat lama ma-syarakat Iban akan
dijalankan hari ini (semalam) di sungai tersebut bagi me-minta maaf
kepada makhluk halus itu.Bagi mengikuti perkembangan upacara terbabit
semalam, Utusan Borneo tidak dibenarkan membuat liputan sama ada
mengambil sebarang gambar di kawasan terbabit atas sebab-sebab tertentu
bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
Gambar
ini yang dikirimkan melalui MMS kepada telefon bimbit pemberita Utusan
Borneo menimbulkan keanehan apabila tangan makhluk terbabit sungguh
ketara dilihat jika ia diperhatikan betul-betul.Percaya atau tidak, ia
terpulang kepada individu itu sendiri tetapi gambar ini menimbulkan
misteri dan ia benar-benar berlaku di kawasan tersebut.Sungai Nibong
yang terletak kira-kira 30 meter dari pusat bandar ini dan terletak di
Jalan Nibong-Tada.
Kejadian
itu berlaku tidak jauh dari jambatan Sungai Nibong yang terletak di
jalan terbabit.Utusan Borneo turut diberitahu bahawa jalan raya di situ,
sama ada sebelum dan selepas Jambatan Sungai Nibong itu merupakan satu
tempat yang ‘sangat keras’.Menurut penduduk di situ, jalan terbabit
sudah banyak mengorbankan nyawa manusia yang terlibat dalam kecelakaan
jalan raya.Kata mereka, setiap kemalangan yang berlaku di situ pasti
akan meragut nyawa dan jarang yang selamat apabila ditimpa kemalangan di
jalan terbabit.Ada antara mereka menyatakan bahawa banyak pengguna
jalan raya yang melalui jambatan terbabit kerap diganggu oleh makhluk
halus terutama pada waktu malam.