Blog
Betol-betol Hangat dalam Majalah InTrend Edisi Mei 2012 (M/s 134)
Alhamdulillah semuanya serba menjadi buat Kaki
Wayang..boleh dikatakan bulan Mei ini bulan yang penuh keberkatan dan limpahan
rezeki buat Kaki Wayang..Semuanya bagaikan sudah tertulis apabila Blog Kaki
Wayang muncul buat pertama kalinya dalam Majalah InTrend Edisi Mei 2012.
Terima kasih diucapkan kepada Majalah InTrend atas peluang yang diberikan. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pembaca yang tidak putus-putus memberikan sokongan kepada Blog Kaki Wayang untuk terus kukuh bertapak dalam dunia blog ini.
Top 10 Link Referrer dan Rakan Paling
Mesra Mac 2012
Selepas sahaja itu, Kaki Wayang sekali lagi
dilimpahkan rezeki oleh Allah SWT apabila muncul sebagai pemenang sebanyak dua
kali sebagai Top Referrer bagi Blog Denaihati bagi bulan Februari 2012
dan Mac 2012.
Terima kasih diucapkan kepada Denaihati atas pemberian kemenangan ini kepada saya.
Anugerah
Pekerja Contoh Bulan April 2012
Tidak cukup dengan itu, Kaki Wayang sekali lagi dilimpahi rezeki yang berterusan apabila dianugerahkan dengan Anugerah Pekerja Contoh Politeknik Muadzam Shah bagi bulan April dalam satu Majlis Perhimpunan Bulanan Kakitangan pada Mei yang lepas.
Terima kasih kepada semua pihak terutama kepada pihak majikan (Politeknik Muadzam Shah) atas anugerah yang penuh makna ini. Semoga ianya mampu membakar semangat dan sikap semua penjawat awam agar bekerja dengan lebih gigih.
Pelantikan
Rasmi Pegawai Penyelaras Kebudayaan Politeknik KPTM
Kemudian yang terbaru, Kaki Wayang kini
dilantik sebagai Pegawai Penyelaras Kebudayaan Politeknik Kementerian PengajianTinggi Malaysia. Terima kasih diucapkan kepada Pihak Pengurusan Politeknik yang
begitu yakin (yakin ker? daaaaa..) dan percaya yang saya mampu menjalankan
tugas ini dengan baik..Paling tak tahan dalam surat pelantikan berkenaan:
“Saya percaya dengan pelantikan ini tuan akan
memberi sepenuh komitmen serta akan menjadi pemandu dalam usaha pembangunan
kebudayaan dan kesenian di peringkat Politeknik,
Kebangsaan dan Antarabangsa serta dapat menjana pembangunan modal insan
yang cemerlang”.
Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan atas kepercayaan yang diberikan. Semoga perkongsian ini mampu memberikan motivasi buat kita semua. Perkongsian ini bukan bermaksud untuk menunjuk namun ianya lebih kepada pembakar semangat dan motivasi agar kita semua mampu kecapi nikmat dan rezeki Allah SWT..InsyaAllah..