PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label Akaun Twitter Azwan Ali digodam. Show all posts
Showing posts with label Akaun Twitter Azwan Ali digodam. Show all posts
Home » Posts filed under Akaun Twitter Azwan Ali digodam
Edisi Sentap! Pengodam dedah kod antivirus Symantec!
Oleh Kaki Wayang on
Seorang pengodam mendedahkan kod sumber perisian antivirus
pcAnywhere, keluaran Symantec, sekali gus mencetuskan kebimbangan bahawa
pihak-pihak tidak bertanggungjawab akan menceroboh komputer pelanggan
yang menggunakan produk firma itu.
Kod perisian itu didedahkan semalam selepas perundingan menerusi e-mel
dengan pengodam, yang dikenali sebagai YamaTough, diberikan bayaran
AS$50,000 (RM150,000) gagal.
Kandungan e-mel mengenai perundingan disebarkan kelmarin, lapor Reuters.
Pengodam telah berkali-kali mengatakan akan mendedahkan kod sumber
perisian tetapi pihak penguat kuasa mahu perundingan diadakan bagi
membolehkan firma itu menggunakan masa yang ada untuk menyediakan kod
sumber alternatif.
"Symantec sudah bersedia untuk menghadapi situasi jika kod didedahkan,"
kata jurucakap firma, Cris Paden sambil menambah, pihaknya juga
mengambil langkah bagi melindungi kepentingan pengguna menerusi kod
sumber alternatif.