PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Al-Quran ajaib. Show all posts
Showing posts with label Al-Quran ajaib. Show all posts

Edisi Panas! Tentera AS bakar kitab suci al-Quran cetus kemarahan Umat Islam - Amerika Mohon Maaf!

Oleh Kaki Wayang on


Amerika Syarikat memohon maaf atas tindakan tenteranya membakar kitab suci al-Quran yang diambil dari rak sebuah perpustakaan pusat tahanan bersebelahan dengan pangkalan besar askarnya di timur Afghanistan atas alasan ia mengandungi mesej atau ungkapan bersifat ekstrim. 

Rumah Putih pula bersetuju dengan pandangan pegawai tentera yang mengatakan pembakaran al-Quran dan bahan bacaan Islam lain selepas dibuang dalam timbunan sampah, adalah tidak disengajakan. 
 
Keputusan dibuat bukan atas sebab agama. Bukan dibuat kerana tidak menghormati agama Islam. Ia adalah satu kesilapan. Sebaik saja kami tahu mengenainya kami hentikannya. - John Allen, Pemerintah kanan tentera Amerika dan NATO di Afghanistan 
 
Namun, lebih 2,000 penduduk Afghanistan membantah insiden di luar Pangkalan Tentera Udara Bagram yang didorong tuduhan bahawa tentera asing tidak menghormati budaya mereka dan agama Islam walaupun askar Amerika dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) bersedia berundur menjelang 2014.

Penunjuk perasaan yang berkumpul di luar Pangkalan Udara Bagram, satu daripada pangkalan terbesar Amerika di Afghanistan, menjerit, ‘Mati, mati, orang asing!’ Sesetengah melepaskan tembakan raifal ke udara. Orang lain membaling batu ke arahi pintu pagar pangkalan tentera itu dan membakar tayar.

Selain protes di Kabul, bantahan turut berlalu di Jalalabad dan lima orang maut selepas penunjuk perasaan bergaduh dengan anggota keselamatan.

Pemerintah kanan tentera Amerika dan NATO di Afghanistan, Jeneral John Allen, berkata buku itu tersilap diberi kepada tentera untuk dibakar.

“Keputusan dibuat bukan atas sebab agama. Bukan dibuat kerana tidak menghormati agama Islam. Ia adalah satu kesilapan. Sebaik saja kami tahu mengenainya kami hentikannya” kata Allen.

Seorang pegawai tentera Barat yang tahu mengenai insiden itu mendakwa, al-Quran dan bacaan Islam lain dalam perpustakaan itu digunakan untuk menghasut pelampau dan tahanan di Pusat Tahanan Parwan bersebelahan Bagram, bertukar mesej keganasan selepas menggunakan bahan bacaan itu.

Pegawai tentera yang enggan dikenali itu berkata beratus-ratus penerbitan termasuk al-Quran, dikeluarkan dari perpustakaan. Sesetengah penerbitan mempunyai kandungan bersifat ekstrim manakala yang lain ada mesej bertulis,” kata pegawai. Pegawai berkata dokumen itu hitam dan terbakar namun tiada satu pun daripadanya musnah sama sekali.

“Kami akan teliti alasan bahan itu dikeluarkan. Kami akan meneliti di mana keputusan dibuat untuk menghapuskannya dengan cara ini,” kata Allen.

Beliau turut mengeluarkan perintah baru mengarahkan semua tentera bersekutu di Afghanistan tahu cara menguruskan bahan keagamaan selewat-lewatnya 3 Mac depan. Latihan itu termasuk pengenalan bahan keagamaan, serta cara menguruskan dan simpanan, katanya.

Rumah Putih turut memohon maaf dengan setiausaha media Jay Carney menyifatkannya ‘satu insiden malang’ yang tidak menunjukkan perasaan hormat tentera Amerika wujud kepada amalan agama rakyat Afghanistan.
Sila baca selanjutnyaEdisi Panas! Tentera AS bakar kitab suci al-Quran cetus kemarahan Umat Islam - Amerika Mohon Maaf!

Edisi Sentap! Pelajar Ponteng Kena Denda Baca Al-Quran!

Oleh Kaki Wayang on

Seramai 29 pelajar lelaki dari beberapa sekolah menengah di jajahan ini yang ditahan kerana ponteng, semalam diarah mengikuti kaunseling dan membaca al-Quran.

Semua pelajar terbabit ketika ditahan masih beruniform dan mereka dipercayai keluar tanpa pengetahuan sekolah, serta ada sudah membawa pakaian lain untuk menukarnya. Kebanyakan yang ditahan dipercayai keluar untuk membeli dan menghisap rokok di tempat tersembunyi yang sering kali dijadikan `port' ponteng bersama rakan lain. 

Pengarah Pelajaran (JPN) Kelantan, Hussin Awang, berkata semua pelajar yang ditahan itu dibawa ke Masjid Mukim Telipot di sini, untuk diberi kaunseling dan diarah membaca al-Quran di bawah bimbingan imam masjid itu, Ahmad Yunus. Pelajar terbabit yang berumur antara 15 dan 18 tahun itu ditahan di pusat beli-belah, taman perumahan dan surau.

"Kesemua pelajar menjalani ujian air kencing yang dilakukan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bagi mengesan sama ada mereka mengambil dadah.

"Ibu bapa pelajar juga dipanggil untuk datang bagi melihat sendiri keadaan anak mereka supaya tahu apa yang dilakukan pelajar terbabit,” katanya ketika ditemui, semalam.

Hussin berkata pelajar terbabit kemudiannya dibebaskan selepas diambil kenyataan dan latar belakang mereka oleh guru disiplin atau kaunselor untuk tindakan lanjut.

Operasi bersepadu yang dipanggil 'Ops Ponteng" itu turut membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA), Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), AADK serta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK).
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Pelajar Ponteng Kena Denda Baca Al-Quran!

Edisi Hangat! SUBHANALLAH, Rumah Hangus Terbakar, Tapi Kitab Tafsir Al-Quran Langsung Tak Dijilat Api!

Oleh Kaki Wayang on


SUBAHANALLAH... Rumah Hangus Terbakar, Tapi Al-Quran Langsung Tak Dijilat Api!

Satu kebakaran melibatkan rumah kedai dilaporkan berlaku di No. 28, Jalan Adil 25/10, Taman Sri Muda, Shah Alam semalam.




Jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam kemudiannya dikejarkan ke tempat kejadian bagi menjalankan kerja-kerja pemadaman api di lokasi yang dimaksudkan. Namun sebaik saja operasi selesai, anggota bomba bertugas dikejutkan dengan penemuan senaskah kitab tafsir Al-Quran yang langsung tidak terjejas keadaan fizikalnya. Walaupun rumah tersebut musnah akibat kebakaran, namun kitab itu tidak ‘terusik’ dek api dalam kejadian itu.



Naskah berkenaan juga tidak basah dan rosak walaupun pihak bomba menggunakan air dalam kuantiti yang agak banyak dalam operasi tersebut. Inilah yang dikatakan kebesaran Allah. Semoga ia boleh memberi iktibar dan renungan kepada kita semua.

Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! SUBHANALLAH, Rumah Hangus Terbakar, Tapi Kitab Tafsir Al-Quran Langsung Tak Dijilat Api!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...