Amerika Syarikat memohon maaf atas tindakan tenteranya membakar kitab
suci al-Quran yang diambil dari rak sebuah perpustakaan pusat tahanan
bersebelahan dengan pangkalan besar askarnya di timur Afghanistan atas
alasan ia mengandungi mesej atau ungkapan bersifat ekstrim.
Rumah Putih pula bersetuju dengan pandangan pegawai tentera yang
mengatakan pembakaran al-Quran dan bahan bacaan Islam lain selepas
dibuang dalam timbunan sampah, adalah tidak disengajakan.
Keputusan dibuat bukan atas sebab agama. Bukan dibuat kerana tidak
menghormati agama Islam. Ia adalah satu kesilapan. Sebaik saja kami tahu
mengenainya kami hentikannya. - John Allen, Pemerintah kanan tentera
Amerika dan NATO di Afghanistan
Namun, lebih 2,000 penduduk Afghanistan membantah insiden di luar
Pangkalan Tentera Udara Bagram yang didorong tuduhan bahawa tentera
asing tidak menghormati budaya mereka dan agama Islam walaupun askar
Amerika dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) bersedia
berundur menjelang 2014.
Penunjuk perasaan yang berkumpul di luar Pangkalan Udara Bagram, satu daripada pangkalan terbesar Amerika di Afghanistan, menjerit, ‘Mati, mati, orang asing!’ Sesetengah melepaskan tembakan raifal ke udara. Orang lain membaling batu ke arahi pintu pagar pangkalan tentera itu dan membakar tayar.
Selain protes di Kabul, bantahan turut berlalu di Jalalabad dan lima orang maut selepas penunjuk perasaan bergaduh dengan anggota keselamatan.
Pemerintah kanan tentera Amerika dan NATO di Afghanistan, Jeneral John Allen, berkata buku itu tersilap diberi kepada tentera untuk dibakar.

“Keputusan dibuat bukan atas sebab agama. Bukan dibuat kerana tidak menghormati agama Islam. Ia adalah satu kesilapan. Sebaik saja kami tahu mengenainya kami hentikannya” kata Allen.
Seorang pegawai tentera Barat yang tahu mengenai insiden itu mendakwa, al-Quran dan bacaan Islam lain dalam perpustakaan itu digunakan untuk menghasut pelampau dan tahanan di Pusat Tahanan Parwan bersebelahan Bagram, bertukar mesej keganasan selepas menggunakan bahan bacaan itu.
Pegawai tentera yang enggan dikenali itu berkata beratus-ratus penerbitan termasuk al-Quran, dikeluarkan dari perpustakaan. Sesetengah penerbitan mempunyai kandungan bersifat ekstrim manakala yang lain ada mesej bertulis,” kata pegawai. Pegawai berkata dokumen itu hitam dan terbakar namun tiada satu pun daripadanya musnah sama sekali.
“Kami akan teliti alasan bahan itu dikeluarkan. Kami akan meneliti di mana keputusan dibuat untuk menghapuskannya dengan cara ini,” kata Allen.
Beliau turut mengeluarkan perintah baru mengarahkan semua tentera bersekutu di Afghanistan tahu cara menguruskan bahan keagamaan selewat-lewatnya 3 Mac depan. Latihan itu termasuk pengenalan bahan keagamaan, serta cara menguruskan dan simpanan, katanya.
Rumah Putih turut memohon maaf dengan setiausaha media Jay Carney menyifatkannya ‘satu insiden malang’ yang tidak menunjukkan perasaan hormat tentera Amerika wujud kepada amalan agama rakyat Afghanistan.