Carlos Tevez akhirnya memohon maaf kepada Manchester City awal pagi
semalam, berikutan persengketaan yang berlarutan selama lima bulan
hingga mengakibatkan dia kerugian hampir 10 juta pound (RM47.7 juta) dan
bersedia kembali beraksi selepas menarik semula rayuan terhadap denda
terbaru dikenakan terhadapnya.
Penyerang Argentina itu tidak beraksi untuk City sejak September lalu selepas dia enggan memanaskan badan sewaktu aksi Liga Juara-Juara bertemu Bayern Munich, dan baru saja kembali ke kelab itu minggu lalu selepas tiga bulan bercuti tanpa izin di kampung halamannya.

Pada awalnya, pengurus City, Roberto Mancini menegaskan Tevez tidak
akan lagi beraksi untuk kelab itu selepas melakukan pemberontakan
terbuka, namun kemudian mula berlembut dengan menyatakan Tevez hanya
perlu memohon maaf.
Akhirnya awal pagi semalam, City mengumumkan Tevez sudah pun memohon
maaf kepada semua pihak yang terbabit berhubung segala tindakannya
sebelum ini.
“Saya ingin memohon maaf secara ikhlas dan berterus terang kepada semua individu yang saya kecewakan serta apa juga tindakan saya yang mencetuskan masalah sepanjang beberapa bulan lalu. Harapan saya kini adalah untuk kembali memberi fokus beraksi bersama City,” kata Tevez dalam satu kenyataan.
Sementara itu, kenyataan City pula menyebut: “Tevez menarik semula rayuannya terhadap dakwaan salah laku yang sepatutnya didengar oleh panel Liga Perdana dalam beberapa hari lagi.
“Dia sudah pun mula menjalani program latihan yang disediakan bagi mencapai semula tahap kecergasan.”