Penyerang Argentina itu tidak beraksi untuk City sejak September lalu selepas dia enggan memanaskan badan sewaktu aksi Liga Juara-Juara bertemu Bayern Munich, dan baru saja kembali ke kelab itu minggu lalu selepas tiga bulan bercuti tanpa izin di kampung halamannya.
“Saya ingin memohon maaf secara ikhlas dan berterus terang kepada semua individu yang saya kecewakan serta apa juga tindakan saya yang mencetuskan masalah sepanjang beberapa bulan lalu. Harapan saya kini adalah untuk kembali memberi fokus beraksi bersama City,” kata Tevez dalam satu kenyataan.
Sementara itu, kenyataan City pula menyebut: “Tevez menarik semula rayuannya terhadap dakwaan salah laku yang sepatutnya didengar oleh panel Liga Perdana dalam beberapa hari lagi.
“Dia sudah pun mula menjalani program latihan yang disediakan bagi mencapai semula tahap kecergasan.”