Nurul Zakiah Hidayah Azman yang lari dari rumah selepas termakan
pujukan kekasihnya sejak 14 Februari lalu dikatakan telah terkena ilmu
pengasih lelaki Pakistan tersebut hingga menyebabkan dia mula berbohong
dan melawan cakap orang tua.
Andaian tersebut dibuat selepas perangai pelajar tingkatan lima
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Banting di sini itu berubah dalam
sekelip mata sejak berkenalan dan bercinta dengan lelaki dikenali
sebagai Samer Khan atau nama sebenarnya, Arsad Mohd., 20-an.
Samer Khan memiliki wajah kacak ala pelakon Bollywood dan berbadan sasa ala ahli gusti.
Ibu saudara Nurul Zakiah, Norlaila Saad, 43, berkata, sebelum
mengenali lelaki itu, gadis tersebut seorang yang jujur dan mudah
menerima nasihat.
Katanya, antara perubahan sikap yang paling ketara ialah Nurul Zakiah
akan mula gelisah dan tidak tentu arah jika tidak dapat bertemu dengan
pujaan hatinya itu dalam tempoh 48 jam.
“Bimbang dengan kelakuannya itu, saya telah memberitahu bapanya,
Azman Saad yang dia disyaki telah terkena sihir namun kami tidak
sempat berbuat apa-apa kerana dia telah melarikan diri terlebih dahulu.
“Saya sudah anggap dia seperti anak sendiri. Sejak kehilangannya,
kami telah membuat pelbagai usaha untuk mencarinya termasuk membaca
Yasin dan solat hajat tetapi nampaknya doa kami belum dimakbulkan,”
ceritanya ketika ditemui di sini semalam.
P/s: Ustaz Kaki Wayang (amin..) ingin berpesan kepada semua..pertamanya menyambut Valentine's Day adalah haram sama sekali..tidak ada pertikaian di situ..keduanya..apabila ingin bercinta dengan sesiapapun hendaklah kamu berhati-hati dan berwaspada..kerana waspada itu senjata utama untuk mencegah diri daripada tertipu..semoga iktibar dapat diambil dari kisah Nurul Zakiah Hidayah Azman ini..