Gambar-gambar tersebut dikatakan dipetik daripada rakaman video seks individu yang didakwa mirip ketua pembangkang itu.
Sebelum ini, trio ‘Datuk T’ iaitu ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Shuib Lazim mengaku salah di Mahkamah Majistret terhadap pertuduhan menayangkan secara terbuka rakaman video seks tersebut. Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik juga mengaku salah pertuduhan bersubahat dengan Shazryl Eskay dan Shuib menayangkan video berkenaan.
Pendedahan rakaman aksi seks 19 minit itu menjadi heboh dan menimbulkan tanda tanya banyak pihak selepas laporan mengenainya disiarkan beberapa laman web. Rakaman itu ditayangkan kepada wartawan dan pengarang media menggunakan komputer meja di sebuah bilik di Carcosa Seri Negara.
Untuk rekod, Anwar pada sidang medianya tidak lama selepas itu mendakwa video itu adalah konspirasi jahat menggunakan teknologi canggih oleh pihak tertentu bagi memfitnah dia dan keluarga bagi menghancurkan karier politiknya.
“Ia berniat jahat untuk membantut karier politik saya dan pakatan.
“Gambar itu dikatakan mirip saya, namun perut orang itu lebih buncit berbanding perut saya,” kata Anwar.
Anwar juga mendakwa, pada masa dan tarikh rakaman itu dia berada di kediamannya bersama isteri, anak dan cucunya.