Populariti program realiti Maharaja Lawak (ML) sememangnya tidak dapat disangka lagi. Atas sebab itu, ramai penonton yang tidak dapat menerima hakikat apabila mereka terpaksa melanggan saluran Warna semata-mata untuk menyaksikan pertandingan yang menghimpunkan beberapa juara serta peserta Raja Lawak yang sedia ada ini.
PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label Astro Warna. Show all posts
Showing posts with label Astro Warna. Show all posts
Home » Posts filed under Astro Warna
Betol-betol Hangat! Siapa Yang Muat Naik Maharaja Lawak Di Youtube?
Oleh Kaki Wayang on
Populariti program realiti Maharaja Lawak (ML) sememangnya tidak dapat disangka lagi. Atas sebab itu, ramai penonton yang tidak dapat menerima hakikat apabila mereka terpaksa melanggan saluran Warna semata-mata untuk menyaksikan pertandingan yang menghimpunkan beberapa juara serta peserta Raja Lawak yang sedia ada ini.
Sebelum itu, Maharaja Lawak telah ditayangkan di Astro Prima untuk 2 episod yang pertama. Selebihnya, ianya telah ditayangkan di saluran Warna. Sebaik saja perubahan ini dilakukan, rata-rata penggemar Maharaja Lawak telah menyuarakan rasa tidak puas hati mereka dengan membuat petisyen di lama sosial facebook supaya Maharajalawak diubah ke saluran Prima semula.
Namun, pihak Astro memberitahu bahawa mereka tidak dapat berbuat apa-apa. Malah, mereka juga tidak dapat mengubah keputusan tersebut kerana Maharaja Lawak sememangnya adalah program yang dibayar untuk Astro Warna dan bukannya untuk Astro Prima.
Apapun, disebabkan perkara ini, ada segelintir individu yang telah melakukan perbuatan yang tidak bertanggungjawab apabila memuat naik program popular itu di laman web Youtube. Muat naik itu pula tidak dilakukan pada keesokkan harinya. Sebaliknya, ianya dapat disaksikan pada malam siaran langsung itu sendiri.
Ini bermakna jika Maharaja Lawak bersiaran pada pukul 10 malam setiap Jumaat dan ditayangkan di Astro Warna, slot pertama program tersebut dimuat naik sekitar jam 10.30 malam atau 10.45 malam. Menyedari perbuatan yang tidak bertanggung jawab itu, Pengurus Saluran Warna, Nizam Sani menjelaskan, pihaknya telah pun mengambil tindakan dengan menghantar surat kepada pihak pentadbiran Youtube di Amerika Syarikat.
"Kami menyedari perbuatan tersebut dan telah pun mengambil tindakan. Kami telah menghantar surat kepada pentadbiran Youtube di AS. Dapat dilihat ada tindakan yang diambil iaitu oleh mereka. "Bermakna jika ada yang memuat naik program Maharaja Lawak pada hari siaran langsung dengan tak sampai sejam sewaktu siaran, mereka akan menahannya daripada disiarkan.
"Tetapi saya lihat, beberapa jam selepas itu, program Maharaja Lawak tetap ada di Youtube pada hari tersebut juga. Maknanya, walaupun tindakan sudah diambil, namun tiada apa-apa perubahan yang berlaku. Senarionya tetap sama. Ada saja orang lain pula yang akan memuat naik program itu. Kita pun susah nak sekat perkara sebegini dalam internet.
Tidak mahu menyalahkan sesiapa, Nizam Sani berkata, apa yang berlaku dianggap sebagai satu promosi buat program tersebut yang semakin hari popularitinya meningkat. "Saya lihat perkara itu sebagai satu promosi buat program ini. Malah, ratingnya pada setiap minggu meningkat dan kami lihat ini sebagai satu perkara yang positif. Ini menunjukkan program ini sememangnya memberi impak kepada ramai orang," katanya.
Labels:
AC Mizal,
Ahmad Idham,
Astro Prima,
Astro Warna,
Johan,
Jozan,
maharaja lawak,
Mamat Khalid,
raja lawak,
Saiful KApek,
Tauke,
Youtube,
Yus,
Zizan