PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label Audition Kelab Kebudayaan PMS. Show all posts
Showing posts with label Audition Kelab Kebudayaan PMS. Show all posts
Home » Posts filed under Audition Kelab Kebudayaan PMS
Betol-betol Hangat!! Projek Kelab Kesenian dan Kebudayaan PMS!
Oleh Kaki Wayang on
Ujibakat sudah dibuat, keputusan pun sudah
dibuat dengan jayanya..kepada yang terpilih..syabas dan tahniah..selepas ini
kita akan mengadakan beberapa siri perjumpaan bagi tujuan untuk mempelajari
teknik vocal dan bagaimana untuk tampil dengan lebih yakin di atas pentas..
Pada perjumpaan yang lepas (ujibakat 1 dan
2)..terdapat beberapa peserta yang datang untuk di uji bakatnya nampaknya tidak bersedia dari segi
persembahannya..ada yang masih teraba-raba dalam mengalunkan suaranya..ada yang
masih bergetar suaranya (gemuruh)..ada yang malu dan membelakangkan pentas serta
penonton..
"Bruno Mars" aka Yazid Yahya bertindak sebagai jurulatih Vokal
En. Yazid Yahya merupakan jurulatih bahagian
VOKAL dan PERSEMBAHAN..manakala En. Azri Abd. Rajid (saya) bertindak sebagai
pemerhati sahaja..untuk itu, ambil peluang ini untuk belajar dan dapatkan
sesuatu (ilmu) dari “Bruno Mars” Muadzam Shah kita ini kerana dia begitu
berpengalaman dalam bidang seni dan mutu suara.
Tenaga pengajar, Ahli Kelab dan Penasihat KKK mengambil gambar kenangan.
Projek pertama yang bakal kita hadapi adalah
projek dari saya sendiri. Projek berkenaan dengan persembahan bagi setiap
jemputan dari mana-mana pihak yang mahukan kita untuk membuat persembahan. Bagi
projek yang pertama ini, Saya memerlukan dalam 4 orang peserta lelaki dan 4
orang peserta perempuan untuk mengalunkan lagu nasyid “Dunia Cermin Akhirat”..dan
saya sebenarnya mahu melakukan sedikit pembaharuan dengan menggabungkan peserta
lelaki dan wanita untuk menyanyikan lagu nasyid ini..yang mana secara “original”nya
lagu ini merupakan lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi lelaki dan wanita..
Projek dari En. Yazid akan dilaksanakan
kemudian..tidak semua yang boleh menyanyi lagu-lagu balada, rock atau apa jua
genre boleh menyanyikan lagu-lagu Nasyid..dan begitulah sebaliknya..dan projek
yang kedua adalah berkenaan dengan lagu-lagu asli ataupun lagu-lagu etnik
kreatif dan lagu-lagu rakyat..
Pada semester depan, beberapa pertandingan
kesenian dan kebudayaan akan dilaksanakan..antaranya adalah pertandingan Nasyid
dan Nyanyian Lagu-lagu Rakyat..maka, untuk tujuan itulah kami akan mengatur
beberapa siri pertemuan agar berjaya dan mampu untuk menghasilkan pasukan yang mantap
untuk bersaing dengan politeknik-politeknik yang lain.
Bagi yang tidak mempunyai jiwa Nasyid dan
Lagu-lagu rakyat seumpamanya..anda juga akan dilatih bagi tujuan untuk membuat
persembahan pada majlis-majlis tertentu seperti Majlis Jamuan Hari Raya,
Watikah Perlantikan dan sebagainya..Namun begitu, anda disarankan dan
digalakkan untuk mempelajari semua jenis lagu agar anda mampu untuk menyanyikan
apa jua jenis lagu dan genre dengan mantap.
Lupakan seketika mengenai itu, khabarnya
ujibakat untuk “band” pula akan diadakan selepas ini..dan saya pasti ramai yang
berminat untuk menyertai ujibakat ini..apa yang boleh saya katakan..tujuannya
tetap sama dengan ujibakat nyanyian yang telah dijalankan baru-baru ini..jangan
hanya pandai dan mampu bermain music ala-ala rock, balada, dan
sebagainya..malah mampu untuk bermain apa jua jenis genre music..ujibakat “band”
akan dilaksanakan kemudian..pihak kami masih cuba untuk mengatur dan merancang
beberapa masalah teknikal untuk menyediakan dan menganjurkan program ujibakat
yang lebih menarik.
Betol-betol Gempak! Audition Kelab Kebudayaan PMS!
Oleh Kaki Wayang on
Hari demi hari pelbagai kisah
baru dinukilkan dalam diari Sejarah Politeknik Muadzam Shah..dari satu
peristiwa ke satu peristiwa yang membawa seribu kenangan dan iktibar..dari satu
pencapaian ke satu pencapaian mampu digapai segelintir umat manusia PMS..dari
satu AUDITION ke satu AUDITION dilaksanakan..semuanya atas satu tujuan dan
sebab musabab untuk mencungkil bakat-bakat baru di Politeknik Muadzam Shah
ini..
Beberapa bulan yang lalu Audition
untuk mencari bakat-bakat baru Nasyid dilangsungkan bagi mengetengahkan mereka
ke Pertandingan Peringkat Kebangsaan dan Peringkat Zon Timur..Nampaknya niat
murni itu sudah tertunai apabila kumpulan Nasyid Wirama Zirbad dan Kastara
dihantar bagi melaksanakan tanggungjawab menyampaikan dakwah mereka melalui
Nasyid..Alhamdulillah walaupun tak menang..mereka masih mampu untuk menghela
nafas lega apabila berjaya mengutip pengalaman dari Politeknik-politeknik yang
lebih lebat daripada mereka..Natijahnya, pelbagai tips dapat dikumpul bagi
menghadapi pertandingan mendatang..
Melupakan sedikit memori luka
bagi kedua-dua pertandingan..kini muncul pula Audition Kelab Kebudayaan PMS
yang kini baru sahaja menamatkan siri pencarian bakat baru malam tadi (20
September 2011)..walaupun kami sebagai jurulatih mengharapkan agar ramai
muka-muka baru yang hadir untuk diujibakat..namun kami hampa apabila muka-muka
lama lebih ramai berbanding dengan muka-muka baru hadir untuk proses ini..
Secara keseluruhannya,
Alhamdulillah semua yang hadir begitu tenang menghadapi dugaan dan cabaran yang
diberikan oleh kami..semuanya mampu untuk mencabar diri sendiri untuk tampil
lebih yakin dihadapan penonton..namun begitu tidak kurang juga yang masih lagi
kelihatan gementar apabila berhadapan dengan penonton ataupun berada di atas
pentas..
Tujuan asal program ini diadakan
antara lain adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru agar PMS tidak ketandusan
bakat untuk menghadapi pertandingan akan datang..Selain itu, peserta yang
dipilih juga akan menghadiri beberapa siri pertemuan bagi memperbetulkan lagi
teknik nyanyian dan seni vocal agar mereka akan tampil lebih yakin
kelak..mereka juga antara lain akan dipilih untuk menyertai Team Nasyid, Team
Lagu-lagu Asli, Team Lagu-lagu Rakyat dan beberapa lagi siri pertandingan
lain..hal ini bertujuan untuk mengetengahkan bakat mereka..di sampiang akan
dipilih untuk membuat persembahan jika sekiranya Kelab Kebudayaan dijemput
untuk membuat persembahan..
Akhir sekali..tahniah kepada
semua yang hadir untuk diujibakat..teruskan usaha anda..dan kepada para pelajar
SEM1..anda sudah seharusnya berbangga sekiranya anda dipilih..anda masih lagi
berpeluang untuk mewakili Politeknik Muadzam Shah untuk beberapa tahun yang
akan datang..kami sebagai jurulatih akan cuba untuk membantu sekadar yang boleh
agar para pelajar mampu untuk bersaing dengan Politeknik-politeknik yang lebih
major dari anda..Tahniah PMS!
P/s: Ammar Anuar perbaiki tempo anda, Azri Rafiuddin (suara mantap dan malatoppp gehtoooo), Van Azs (mantap), Ulat Beluncas (hilangkan gemuruh anda), dan yang lelain..semuanya mantap..TQ pada En. Yazid Yahya (Pengarah Seni dan Teknik Vokal gitew) atas gambar-gambar yang mantapz ini..