PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label Balasan curi van. Show all posts
Showing posts with label Balasan curi van. Show all posts
Home » Posts filed under Balasan curi van
Edisi Sentap! Curi Susu RM91.96, didenda RM1000.00..tak berbaloi langsung!
Oleh Kaki Wayang on
Seorang penganggur menerima hukuman penjara dua bulan dan didenda
RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mencuri empat
bungkus susu tepung bernilai RM91.96. Majistret Rini Triany Muhamad Ali
menjatuhkan hukuman itu terhadap SH Zainal SH Mokhtar, 28, selepas
mengaku bersalah dan berdepan hukuman penjara sebulan jika gagal
membayar denda itu.
SH Zainal, dari Felda Timur Chini 1, Pekan didakwa mencuri empat
bungkus susu Nestle Omega Plus Acticol bernilai RM22.99 setiap satu di
pasaraya The Store, Kuantan Parade, pada 1.30 petang, 4 Februari lepas.
Dia didakwa di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan
hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dilakukan Cif Inspektor Azman Ariffin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
BEtol-betol Sengal! Hambek ko! Balasan curi van!
Oleh Kaki Wayang on
Hasrat dua lelaki meraih keuntungan dengan menjual sebuah van dicuri
tidak kesampaian apabila perbuatan mereka terdedah selepas seorang
remaja lelaki mengenali pemilik sebenar kenderaan berkenaan. Dua suspek terbabit yang berusia 30-an itu turut cedera akibat
dibelasah orang ramai apabila kegiatan mereka itu didedahkan remaja
lelaki berkenaan di Jalan Rhu Renggeh, Rusila, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 3 petang itu, remaja berkenaan yang menaiki sebuah motosikal terserempak dengan dua suspek terbabit memandu van curi di Jalan Tok Adis, Kuala Terengganu, di sini. Keadaan suspek yang mencurigakan selain dia mengenali pemilik sebenar van itu menyebabkan lelaki terbabit membuat keputusan mengekori kedua-dua suspek.
Bagaimanapun, suspek terbabit yang menyedari diekori cuba melarikan diri memecut van berkenaan selain beberapa kali menghimpit motosikal ditunggang lelaki terbabit bagi mengelaknya terus mengekori mereka.
Nasib malang menimpa kedua-dua suspek yang mempunyai beberapa rekod jenayah termasuk penyalahgunaan dadah apabila tayar kiri van dinaiki tiba-tiba pecah menyebabkan mereka gagal mengawal kenderaan terbabit sebelum terbabas di Jalan Rhu Renggeh, di sini.
Sebaik tersadai di tepi jalan, kedua-dua suspek terbabit dibelasah
pengguna jalan raya lain sebaik diberitahu mereka mencuri van berkenaan
selain berang dengan tindakan suspek cuba menghimpit dan melanggar
lelaki yang mengekorinya itu serta memandu secara berbahaya termasuk
merempuh dua lampu isyarat.
Pergelutan itu bagaimanapun berjaya dihentikan selepas polis tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian sebelum kedua-dua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang untuk tindakan lanjut. Difahamkan, van jenis Nissan Vanette dicuri dua suspek berkenaan adalah milik seorang buruh yang menetap di Kampung Binjai Manis, Manir, Kuala Terengganu.
Kenderaan itu dikatakan hilang sejak Selasa lalu selepas diletakkan di kawasan tempat letak kereta pusat peranginan Batu Buruk kira-kira jam 6 petang ketika mangsa melawat adik iparnya yang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.
Mangsa membuat laporan kehilangan kenderaannya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu kira-kira jam 8 malam hari yang sama Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Marang, Asisten Superintendan Mohd Zohan Seman yang dihubungi di sini semalam, mengesahkan penahanan dua suspek berkenaan kira-kira jam 3.15 petang kelmarin.
Katanya, kedua-dua suspek yang cedera dibelasah dihantar ke HSNZ untuk mendapatkan rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan bermotor.