Seorang penganggur menerima hukuman penjara dua bulan dan didenda
RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mencuri empat
bungkus susu tepung bernilai RM91.96. Majistret Rini Triany Muhamad Ali
menjatuhkan hukuman itu terhadap SH Zainal SH Mokhtar, 28, selepas
mengaku bersalah dan berdepan hukuman penjara sebulan jika gagal
membayar denda itu.
SH Zainal, dari Felda Timur Chini 1, Pekan didakwa mencuri empat
bungkus susu Nestle Omega Plus Acticol bernilai RM22.99 setiap satu di
pasaraya The Store, Kuantan Parade, pada 1.30 petang, 4 Februari lepas.
Dia didakwa di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan
hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dilakukan Cif Inspektor Azman Ariffin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Sila baca selanjutnya → Edisi Sentap! Curi Susu RM91.96, didenda RM1000.00..tak berbaloi langsung!