Gempar apabila penyanyi terkenal, Beyonce dikatakan memalsukan berita mengenai dirinya yang sedang hamil. Satu kejadian semasa Beyonce menjadi tetamu di dalam satu program bual bicara Sunday Night di Australia telah menyebabkan ramai yang mula berprasangka buruk terhadap Beyonce.
Kejadian yang dimaksudkan adalah semasa Beyonce mahu mengambil tempat diatas kerusi tetamu di dalam program tersebut, namun semasa mahu duduk, keadaan perut Beyonce seakan mengecut dan tidak seperti orang mengandung lalu timbul pelbagai spekulasi mengenai dirinya yang sedang mengandung itu. Antara spekulasi yang paling teruk adalah beyonce hanya berpura-pura mengandung sedangkan dalam masa yang sama dia menggunakan ibu tumpang untuk memperoleh anak kerana Beyonce tidak mahu mengandung disebabkan mahu menjaga bentuk tubuh badannya dan bimbang tubuhnya menjadi gemuk selepas bersalin.
Selain itu juga, ada pendapat mengatakan Beyonce mahu melindungi hal khabar angin yang mengatakan rumahtangganya bersama jay-Z sedang berantakan, Beyonce melakukan itu untuk membuktikan yang hubungan rumahtangga mereka masih baik.
Pihak pengurusan Beyonce telah menafikan hal ini dengan memberi kenyataan bahawa spekulasi ini adalah ‘bodoh dan tidak berasas’.