PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Chef Joe Masterchef. Show all posts
Showing posts with label Chef Joe Masterchef. Show all posts

Edisi Sentap! Chef Joe Masterchef Sentap dengan wartawan Malaysia!

Oleh Kaki Wayang on


BARU-baru ini ada sebuah majlis dianjurkan oleh pihak Astro sebagai tanda berakhirnya program realiti masakan pertama, MasterChef Malaysia di ibu kota pada minggu lalu. 

Tahniah diucapkan kepada semua tenaga kerja dalam rancangan itu sebab telah berjaya buka mata Joyah yang selama ini skeptikal dengan kemampuan orang kita dalam bidang masakan. 

Memang setaraf dengan chef peringkat antarabangsa yang kita bangga-banggakan selama ini.

Bila dah ada program berprofil tinggi dan standard tu, Joyah ingat cara pemikiran dan pergerakan kita jadi seiring tapi sebaliknya berlaku pada majlis itu.

Joyah dapat tahu seorang daripada juri tetap MasterChef Malaysia iaitu Chef Joe dikatakan tak nak ditemuramah oleh wartawan bertugas.

Alasan Chef Joe, tak ada seorang pun wartawan yang buat artikel mengenainya semasa dia tak popular dulu.

Tapi selepas Astro beri lampu sorot pada dia dalam MasterChef Malaysia, barulah wartawan terhegeh-hegeh datang dekat nak beramah mesra.

"Mungkin dia bagus dalam kerjaya tapi sebab dia tak diperkenalkan betul-betul kepada masyarakat oleh media sebelum ini, mungkin orang tak perasan kehadiran dia," kata seorang sahabat baik Joyah.

Joyah rasa, hal ini benda kecil je sebab Joyah faham mungkin Chef Joe sedang emosi itu. Tak payahlah nak 'balas dendam' peristiwa lama pada wartawan zaman baru ini. Mungkin wartawan masa zaman Chef Joe tu dah buat kesilapan, tapi kenapa nak kenakan balik wartawan yang datang malam itu.

Chef Joe tak payahlah nak sentap sangat lepas ni ye. Marilah kita semua berdamai dan bekerjasama sebab tak ada ruginya pun.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Chef Joe Masterchef Sentap dengan wartawan Malaysia!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...