PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Ezani juara MAsterchef Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Ezani juara MAsterchef Malaysia. Show all posts

Edisi Hangat! Profil dan Biodata Dr. Ezani Juara MasterChef Malaysia Pertama!

Oleh Kaki Wayang on



Profil Dr Ezani

Nama penuh: Ezani Farhana Md Monoto
Umur: 27 tahun
Tarikh lahir: 11 Mei 1985
Asal: Muar, Johor
Pekerjaan: Doktor gigi
Pendidikan: Sarjana Muda Pembedahan Pergigian, Universiti Adelaide, Australia
Hobi: Memasak, berenang, selam skuba, mengembara.
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Profil dan Biodata Dr. Ezani Juara MasterChef Malaysia Pertama!

Edisi Masterchef! Comelnya Blog Doktor Gigi dan Masterchef Ezani!

Oleh Kaki Wayang on

Jom kita terjah blog Dr. Ezani..erkk..Masterchef Ezani..erkk..mana satu ni nak panggil..Dr. Ezani lah..tetiba merajinkan diri untuk menerjah blog orang lain..dan tetiba itu juga ternampak dan terjumpa blog Dr. Ezani yang super cute dan comel (eh sama je eh)..ah tak kisahla..jom kita masuk ke blognya..dan jangan lupa kat sebelah tepi ada twitternya..sila follow reramai yer...

TAHNIAH DR. EZANI..walau apapun Abg Wahidan tetap dihati..



Sila baca selanjutnyaEdisi Masterchef! Comelnya Blog Doktor Gigi dan Masterchef Ezani!

Edisi Sentap! Chef Joe Masterchef Sentap dengan wartawan Malaysia!

Oleh Kaki Wayang on


BARU-baru ini ada sebuah majlis dianjurkan oleh pihak Astro sebagai tanda berakhirnya program realiti masakan pertama, MasterChef Malaysia di ibu kota pada minggu lalu. 

Tahniah diucapkan kepada semua tenaga kerja dalam rancangan itu sebab telah berjaya buka mata Joyah yang selama ini skeptikal dengan kemampuan orang kita dalam bidang masakan. 

Memang setaraf dengan chef peringkat antarabangsa yang kita bangga-banggakan selama ini.

Bila dah ada program berprofil tinggi dan standard tu, Joyah ingat cara pemikiran dan pergerakan kita jadi seiring tapi sebaliknya berlaku pada majlis itu.

Joyah dapat tahu seorang daripada juri tetap MasterChef Malaysia iaitu Chef Joe dikatakan tak nak ditemuramah oleh wartawan bertugas.

Alasan Chef Joe, tak ada seorang pun wartawan yang buat artikel mengenainya semasa dia tak popular dulu.

Tapi selepas Astro beri lampu sorot pada dia dalam MasterChef Malaysia, barulah wartawan terhegeh-hegeh datang dekat nak beramah mesra.

"Mungkin dia bagus dalam kerjaya tapi sebab dia tak diperkenalkan betul-betul kepada masyarakat oleh media sebelum ini, mungkin orang tak perasan kehadiran dia," kata seorang sahabat baik Joyah.

Joyah rasa, hal ini benda kecil je sebab Joyah faham mungkin Chef Joe sedang emosi itu. Tak payahlah nak 'balas dendam' peristiwa lama pada wartawan zaman baru ini. Mungkin wartawan masa zaman Chef Joe tu dah buat kesilapan, tapi kenapa nak kenakan balik wartawan yang datang malam itu.

Chef Joe tak payahlah nak sentap sangat lepas ni ye. Marilah kita semua berdamai dan bekerjasama sebab tak ada ruginya pun.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Chef Joe Masterchef Sentap dengan wartawan Malaysia!

Edisi Sentap! Chef selebriti mengaku mencuri kat TESCO!

Oleh Kaki Wayang on

Chef selebriti, Antony Worall Thompson semalam memohon maaf kerana ‘tindakan bodoh dan tidak bertanggungjawab’ yang mengecewakan keluarganya selepas ditangkap mencuri keju dan wain dari sebuah pasar raya Tesco. Bintang rancangan Ready Steady Cook, berusia 60 tahun itu ditangkap mencuri lima kali dalam masa 16 hari di pasar raya berkenaan di Henley-on-Thames, Oxfordshire.

Worrall Thompson berkata, dia ‘kecewa’ dan akan berusaha mendapatkan rawatan yang amat diperlukannya ekoran perbuatannya itu.

Dia juga secara terbuka memohon maaf kepada Tesco dan kakitangannya di cawangan itu. Perbuatan Worrall Thompson dirakam kamera dalam pasar raya itu.

Dia gagal mengimbas kod bar beberapa barangan dan memasukkannya ke dalam beg sebelum cuba keluar dari pasar raya berkenaan. Pasukan keselamatan kemudian menahan bapa empat anak itu dan memeriksa begnya sebelum memanggil polis.

“Saya memohon maaf kerana perbuatan bodoh dan tidak bertanggungjawab saya baru-baru ini. “Saya sudah pasti kecewa kerana memalukan keluarga dan rakan. Saya akan mendapatkan rawatan yang amat saya perlukan. “Saya bukan orang pertama dan sudah pasti bukan orang yang terakhir yang melakukan perbuatan seperti itu.

“Sudah tentu saya juga memohon maaf secara ikhlas kepada Tesco dan kakitangannya di cawangan Henley. “Ramai di kalangan mereka yang saya kenal sejak beberapa tahun lalu kerana saya sudah mempunyai hubungan kerja dengan pasar raya itu sejak sekian lama. “Sekali lagi saya memohon maaf dan berharap akan mengubah tabiat buruk saya pada masa depan,” kata Worall Thompson.

Satu sumber berkata: “Dia memesan keju di kaunter, mengambil beberapa botol wain, kemudian meletakkan beberapa barang di mesin pengimbas sebelum berjalan dengan beberapa barangan lain.”

Bekas bintang siri ‘I'm A Celebrity... Get Me Out Of Here! itu ditangkap kerana disyaki mencuri dan diberi amaran.

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Chef selebriti mengaku mencuri kat TESCO!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...