PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label Doa Pendekat Jodoh. Show all posts
Showing posts with label Doa Pendekat Jodoh. Show all posts
Home » Posts filed under Doa Pendekat Jodoh
Edisi Agama! Ya Allah, Lindungilah dan Jagalah Iman, Hatiku dan Kehormatanku!
Oleh Kaki Wayang on
Sila baca selanjutnya → Edisi Agama! Ya Allah, Lindungilah dan Jagalah Iman, Hatiku dan Kehormatanku!
Edisi Agama! Doa & Cara Untuk Berdoa!
Oleh Kaki Wayang on
“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) yang perlahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas”. (Surah al-‘Araf, 55).
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Kali ini, saya ingin bersama-sama dengan saudara sekalian untuk kita
melihat dalil-dalil (samada dari hadith Rasulullah SAW & ayat-ayat
dari Al-Quran) mengenai doa & cara yang sebenarnya untuk berdoa.
Diharap kepada mereka yang mempunyai sedikit pengetahuan tentang ini,
dapat berkongsi bersama-sama saya dalam usaha kita melakukan ibadah
sepertimana yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW. Semoga Allah
memberkati usaha kita. Wallahu’Alam.
Antara dalil-dalil yang berkaitan dengan ibadah doa ini:
1. “Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu”. (Surah Ghafir, 60).
2. “Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan kamu yakin dengan
kemustajabannya. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari
jantung hati yang lalai dan alpa” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih
oleh al-Albani).
3. Sentiasa doa dimustajabkan untuk seorang hamba Allah selagi mana
dia tidak berdoa untuk membuat sesuatu dosa, atau memutuskan
silaturrahim, selagi dia tidak tergopah-gapah. Ditanya kepada baginda :
Apa itu tergopoh-gapah ? . Sabda baginda : Apabila dia berkata : aku
telah pun berdoa ! aku telah pun berdoa !, tetapi aku tidak nampak pun
dimustajabkan untukku, lalu dia berhenti ketika itu dan meninggalkan doa
– (Riwayat Muslim).
4. “Doa itu adalah ibadah” (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).
5. Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka
(beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir
(kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila
dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan
mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya
mereka mendapat petunjuk (Surah al-Baqarah: 186).
6. Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku
perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong
takbur daripada beribadat (berdoa kepada-Ku) akan masuk neraka jahanam
dalam keadaan hina (Surah Ghafir: 60).
7. Janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah.
Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu
melainkan kaum yang kafir”. (surah Yusuf: 87).
Edisi Agama! Doa Agar Diberi Tempat yang Layak Setelah Meninggal!
Oleh Kaki Wayang on
"Ya Tuhanku, masukkanlah aku secara masuk yang benar, dan keluarkanlah
pula aku secara keluar yang benar. Dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu
kekuasaan (pemimpin) yang menolong." (Al-Isra': 80).
Penjelasan:
Doa di atas dibaca bukan hanya dikhususkan ketika
kita akan pergi. Tetapi dalam berbagai keadaan yang sering kali
berubah sangat dianjurkan untuk dibacanya seperti akan melaksanakan
pemilihan umum untuk memilih pemimpin. Doa di atas dibaca agar kita
mendapatkan pemimpin yang jujur dan bijaksana. Baik juga doa di atas
dibaca ketika kita akan meninggalkan tempat yang kita tinggali
(dunia), memohon agar ditempatkan pada tempat yang layak setelah
meninggal. Demikian Al-Qurthubi menjelaskan dalam tafsirnya.
Edisi Khas Doa! Doa Pendekat Jodoh!
Oleh Kaki Wayang on
“Ya
Allah, Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia, Tuhan yang Maha memegang kasih
sayang seluruh jiwa kami, Tuhan yang Maha Penentu, Tuhan yang Maha
Menyatukan jiwa-jiwa kami, ya Allah, aku merupakan hamba yang lemah,
hamba yang tidak mampu mengawal diriku daripada fitrah seorang manusia
yang memerlukan teman, memerlukan kekasih, memerlukan suami/isteri,
memerlukan keluarga.
Ya
Allah aku tidak mampu menahan diriku daripada terjeremus ke dalam
kemaksiatan. Ya Allah, jika masanya telah tiba, jika apa yang aku mohon
ini merupakan sesuatu yang terbaik disisiMu ya Allah, terbaik buat
agamaku ya Allah, terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan
mukminat ya Allah, maka aku memohon kepadaMu ya Allah agar aku
ditemukan dengan jodoh yang terbaik di sisiMu ya Allah. Setiap yang
terbaik di sisiMu ya Allah, pasti terbaik buat diriku ya Allah.
Namun ya Allah, jika masanya untuk dipertemukan dengan jodohku
belum tiba ya Allah, maka ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Kau
tunjukkan jalan-jalan untuk aku memiliki jodohku ya Allah. Aku memohon
agar Kau tunjukkan aku tuntutun-tuntutanMu yang perlu aku lakukan untuk
memiliki jodohku ya Allah. Ya Allah, Tuhan yang Maha Memakbulkan doa,
Tuhan yang Maha Penentu jodoh, ya Allah jauhilah aku daripada
kemaksiatan, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak dapat
memberikan manafaat, jauhilah aku dariapda perkara-perkara yang Engkau
murkai dan perkara-perkara yang menyesatkan diriku ya Allah.
Amin.
Edisi Khas Doa! Doa Mencegah Angin Ahmar!
Oleh Kaki Wayang on
Edisi Keluarga! 10 Petanda Jodoh Kita!
Oleh Kaki Wayang on
Firman
Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia
akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Jodoh
adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi
bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT
mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka
untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia
cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama
dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan
fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai
kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak
hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah
ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih
kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara
dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum.
Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia
nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon.
Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi,
apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah
calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun
kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu
ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya.
Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila
berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya.
Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun
kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin
dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang
mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang
penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah
mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia
tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah
silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia
menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia
tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam
agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan
perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia
menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi
milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting
bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak
daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat
lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan
membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap
orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi
supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai
rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di
tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai
antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa
selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding
rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya
dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui
kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh
kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi
kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa
yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini.
Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama
ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah
ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing.
Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan
melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya
tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini
penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika
tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang
memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi
pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa
kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi
penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di
kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama
kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun
berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang
surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit",
inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan
kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala
suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai
menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada
siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku
dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita
memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia
menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia
kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang
untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah,
dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila
dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak
menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima
kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup
bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah
kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang
dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin
ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia
juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga
reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan
pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk
kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada
ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh
dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di
pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya,
dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi
atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita
melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan
petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia
pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia
dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan
kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah
kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya
sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
Edisi Hangat! Doa Bertemu Jodoh Kaum Wanita!
Oleh Kaki Wayang on
Pernah dengar istilah anak dara tua (andartu), anak dara lanjut usia (andalusia), janda berhias dan sebagainya? Sebenarnya penulis dan ramai pihak tidak begitu gemar hendak
melabelkan seseorang wanita yang tidak berkahwin itu dengan pelbagai
gelaran sedemikian. Namun di sebalik pelbagai gelaran itu, kita kena terima hakikat,
memang jumlah wanita yang belum berkahwin cukup ramai ketika ini.
Ada pendapat mengatakan, antara punca wanita tidak berkahwin bukanlah kerana mereka lebih selesa hidup bersendirian daripada menanggung risiko dalam perkahwinan tetapi disebabkan tidak ramai lelaki yang layak dijadikan suami. Sudahnya, suami orang juga yang diintai, lebih-lebih lagi suami misali, kerana mereka tentunya memikat hati banyak wanita.
Malah ada tinjaun menunjukkan, fenomena pelajar perempuan menguasai institut pengajian tinggi (IPT) dewasa ini telah mewujudkan semakin ramai golongan wanita yang enggan berkahwin. Penulis difahamkan, yang merisaukan ramai wanita andartu ialah, masa berlalu, tetapi mereka tetap tidak mempunyai calon yang sesuai dan memahami diri mereka, dalam masa yang sama mereka juga takut untuk tangkap muat, bimbang kalau menyesal di kemudian hari.
Bagi Pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM), Prof. Madya Dr. Anisah Abdul Ghani , dalam menghadapi tekanan hidup, apatah lagi ke atas golongan tanpa suami, maka menjaga hubungan dengan Allah adalah amat-amat diperlukan.
Ini kerana golongan sebegini sering dilempar dengan pelbagai tohmahan yang sudah pastinya menyentap dan mengguris hati kecil seorang wanita.
Ditambah pula dengan lemparan gelaran dan jolokan seperti ‘janda berhias’, ‘janda meletup’ ‘andartu’ dan ‘andalusia’ seperti yang disebutkan di awal tadi.
Padahal sepatutnya, golongan ibu tunggal harus dibela kebajikan dan dijaga sensitiviti mereka.
Besar kemungkinan juga, segelintir wanita yang tidak berkahwin itu bukannya memilih, jauh sekali menafikan sunnah Nabi.
Tetapi semua itu adalah dugaan Allah Yang Maha Mengetahui.
Sayangnya, itulah realiti masyarakat kita yang sesuka hati melabelkan seseorang itu tanpa meletakkan diri mereka ditempat si pulan itu.
Hakikatnya, lelucon yang berlebihan dan sindiran yang menyakitkan itu memberi kesan kepada mental, spiritual dan emosi individu yang dimaksudkan itu.
Tambah memburukkan keadaan apabila ada segelintir mengaitkan golongan sebegini dengan perlakuan maksiat dan tidak bermoral. Meskipun tidak dinafikan ada kes sedemikian, namun punca utamanya bukanlah disebabkan oleh status mereka itu.
Lantaran itu, selagi individu yang terpaksa memikul bebanan atas tuduhan yang tidak berasas ini berpegang dengan pendirian setiap sesuatu itu adalah dengan kehendak-Nya, kata Anisah, mungkin tekanan ini dapat dikurangkan atau dijadikan penawar atau sebagai pemujuk hati.
Ermmm…menarik juga apa yang dikatakan pensyarah ini. Apapun, alang-alang kita menyentuh bab ini, penulis ada terjumpa sepotong doa dalam laman web Darussyifa khusus untuk kaum wanita (seperti di atas) yang mengharapkan jodoh atau dipertemukan insan yang soleh sebagai teman hidup mereka.
Darussyifa ini merupakan satu pusat perubatan cara Islam yang cukup terkenal di negara ini yang diterajui oleh Datuk Dr. Haron Din. Mana tahu dengan mengamalkan doa ini, akan dimakbulkan harapan dan seterusnya bertemu dengan jejaka idaman yang diidamkan, InsyaAllah