PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Doa temu jodoh. Show all posts
Showing posts with label Doa temu jodoh. Show all posts

Edisi Hangat! Doa Bertemu Jodoh Kaum Wanita!

Oleh Kaki Wayang on


Doa Bertemu Jodoh Untuk Kaum Wanita

Pernah dengar istilah anak dara tua (andartu), anak dara lanjut usia (andalusia), janda berhias dan sebagainya? Sebenarnya penulis dan ramai pihak tidak begitu gemar hendak melabelkan seseorang wanita yang tidak berkahwin itu dengan pelbagai gelaran sedemikian. Namun di sebalik pelbagai gelaran itu, kita kena terima hakikat, memang jumlah wanita yang belum berkahwin cukup ramai ketika ini.

Ada pendapat mengatakan, antara punca wanita tidak berkahwin bukanlah kerana mereka lebih selesa hidup bersendirian daripada menanggung risiko dalam perkahwinan tetapi disebabkan tidak ramai lelaki yang layak dijadikan suami. Sudahnya, suami orang juga yang diintai, lebih-lebih lagi suami misali, kerana mereka tentunya memikat hati banyak wanita.

Malah ada tinjaun menunjukkan, fenomena pelajar perempuan menguasai institut pengajian tinggi (IPT) dewasa ini telah mewujudkan semakin ramai golongan wanita yang enggan berkahwin. Penulis difahamkan, yang merisaukan ramai wanita andartu ialah, masa berlalu, tetapi mereka tetap tidak mempunyai calon yang sesuai dan memahami diri mereka, dalam masa yang sama mereka juga takut untuk tangkap muat, bimbang kalau menyesal di kemudian hari.

Bagi Pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM), Prof. Madya Dr. Anisah Abdul Ghani , dalam menghadapi tekanan hidup, apatah lagi ke atas golongan tanpa suami, maka menjaga hubungan dengan Allah adalah amat-amat diperlukan.

Ini kerana golongan sebegini sering dilempar dengan pelbagai tohmahan yang sudah pastinya menyentap dan mengguris hati kecil seorang wanita.

Ditambah pula dengan lemparan gelaran dan jolokan seperti ‘janda berhias’, ‘janda meletup’ ‘andartu’ dan ‘andalusia’ seperti yang disebutkan di awal tadi.

Padahal sepatutnya, golongan ibu tunggal harus dibela kebajikan dan dijaga sensitiviti mereka.
Besar kemungkinan juga, segelintir wanita yang tidak berkahwin itu bukannya memilih, jauh sekali menafikan sunnah Nabi.

Tetapi semua itu adalah dugaan Allah Yang Maha Mengetahui.

Sayangnya, itulah realiti masyarakat kita yang sesuka hati melabelkan seseorang itu tanpa meletakkan diri mereka ditempat si pulan itu.

Hakikatnya, lelucon yang berlebihan dan sindiran yang menyakitkan itu memberi kesan kepada mental, spiritual dan emosi individu yang dimaksudkan itu.

Tambah memburukkan keadaan apabila ada segelintir mengaitkan golongan sebegini dengan perlakuan maksiat dan tidak bermoral. Meskipun tidak dinafikan ada kes sedemikian, namun punca utamanya bukanlah disebabkan oleh status mereka itu.

Lantaran itu, selagi individu yang terpaksa memikul bebanan atas tuduhan yang tidak berasas ini berpegang dengan pendirian setiap sesuatu itu adalah dengan kehendak-Nya, kata Anisah, mungkin tekanan ini dapat dikurangkan atau dijadikan penawar atau sebagai pemujuk hati.

Ermmm…menarik juga apa yang dikatakan pensyarah ini. Apapun, alang-alang kita menyentuh bab ini, penulis ada terjumpa sepotong doa dalam laman web Darussyifa khusus untuk kaum wanita (seperti di atas)  yang mengharapkan jodoh atau dipertemukan insan yang soleh sebagai teman hidup mereka.

Darussyifa ini merupakan satu pusat perubatan cara Islam yang cukup terkenal di negara ini yang diterajui oleh Datuk Dr. Haron Din. Mana tahu dengan mengamalkan doa ini, akan dimakbulkan harapan dan seterusnya bertemu dengan jejaka idaman yang diidamkan, InsyaAllah

Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Doa Bertemu Jodoh Kaum Wanita!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...