Pertamanya Terima Kasih dan kredit tak terhingga kepada CTHoney atas artikel TERKINI beliau ini...TANGGAL 17 Februari cukup bermakna bagi Juara Imam Muda musim kedua,
Mohd Hassan Adli Yahya. Pada tarikh itu, dia bukan saja menyambut ulang
tahun yang ke-27 tetapi lebih istimewa bergelar suami kepada wanita
yang berjaya membuka pintu hatinya.
|
Imam Muda Hassan menyerahkan senaskah Al-Quran kepada Ulfah |
|
Akad nikah sedang diadakan |
Memilih bakal guru, Fadatul Ulfah
Jamali sebagai suri hidup, majlis akad nikah pasangan ini berlangsung di
Masjid Al Maarufiah, Kampung Parit Baru, Sabak Bernam pada 17 Februari,
selepas solat Isyak.
Imam Muda Hassan menyerahkan mas kahwin sebanyak RM666 dan hantaran
RM9999. Pihak Hassan membawa sembilan dulang hantaran dan berbalas 11
dulang.
Majlis persandingan pihak pengantin wanita akan diadakan keesokan
harinya di perkarangan masjid yang sama manakala di sebelah keluarganya
akan berlangsung pada April depan.
|
Ketibaan Ulfah |
|
Ulfah dan rakan menunggu majlis akad nikah |
“Saya yang cadangkan majlis akad nikah diadakan pada 17
Februari ini kerana itu tarikh ulang tahun saya. Pun begitu, tarikh
majlis di sebelah pihak saya belum ada ketetapan kerana kami masih
mencari dewan. “Kalau ikutkan, saya mahu kenduri menyambut menantu
diadakan seminggu selepas majlis persandingan pihak wanita tetapi
keluarga minta ditangguhkan ke bulan April depan. “Banyak persediaan
yang perlu dilakukan, kalau nak cepat memang tak sempat. Lagipun dewan
di tempat kelahiran saya di Setiawan, Perak penuh jadi kena cari tarikh
yang ada kekosongan. “Ada juga permintaan supaya majlis diadakan di
Kuala Lumpur kerana lebih mudah untuk sahabat handai hadir. Tengoklah
macam mana nanti, saya akan fikirkan perkara ini",katanya.
|
Acara membatalkan air sembahyang |
|
Pemberian dari suami tercinta |
Akui
Hassan, dia mengenali Ulfah selepas program IM2 tamat menerusi seorang
kenalan. Bermula dengan melihat gambar timbul rasa berkenan di hati.
Maka pertemuan diatur di mana Ulfah ditemani abangnya. Keperibadian
Ulfah membuatkan hatinya terpaut. Yakin itulah jodoh terbaik buatnya,
rombongan meminang diutus pada November lalu dan selepas pulang dari
menunaikan Haji pada penghujung Disember, perancangan melangsungkan
perkahwinan mula diatur. “Saya dan Ulfah berkomunikasi menerusi kiriman
SMS dan kami sepakat untuk bercinta selepas berkahwin.
Ulfah sedang menanti
panggilan memulakan tugas sebagai pendidik dan kini menyambung pengajian
ke peringkat Sarjana dalam bidang Usuluddin di Universiti Malaya. (Kredit: CTHoney.blogspot.com)
|
Imam Muda Hassan & Fadatul Ulfah |
|
Fadatul Ulfah sudah sah menjadi isteri kepada Imam Muda Hassan |
|
Sila baca selanjutnya → Edisi Hangat! Gambar & Majlis Pernikahan Imam Muda Hassan Adli & Fadatul Ulfah!