PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label imam muda Hassan. Show all posts
Showing posts with label imam muda Hassan. Show all posts

Edisi Hangat! Gambar & Majlis Pernikahan Imam Muda Hassan Adli & Fadatul Ulfah!

Oleh Kaki Wayang on

Pertamanya Terima Kasih dan kredit tak terhingga kepada CTHoney atas artikel TERKINI beliau ini...TANGGAL 17 Februari cukup bermakna bagi Juara Imam Muda musim kedua, Mohd Hassan Adli Yahya. Pada tarikh itu, dia bukan saja menyambut ulang tahun yang ke-27 tetapi lebih istimewa bergelar suami kepada wanita yang berjaya membuka pintu hatinya.


Imam Muda Hassan menyerahkan senaskah Al-Quran kepada Ulfah
Akad nikah sedang diadakan

Memilih bakal guru, Fadatul Ulfah Jamali sebagai suri hidup, majlis akad nikah pasangan ini berlangsung di Masjid Al Maarufiah, Kampung Parit Baru, Sabak Bernam pada 17 Februari, selepas solat Isyak.

Imam Muda Hassan menyerahkan mas kahwin sebanyak RM666 dan hantaran RM9999. Pihak Hassan membawa sembilan dulang hantaran dan berbalas 11 dulang.  

Majlis persandingan pihak pengantin wanita akan diadakan keesokan harinya di perkarangan masjid yang sama manakala di sebelah keluarganya akan berlangsung pada April depan.


Ketibaan Ulfah
Ulfah dan rakan menunggu majlis akad nikah
“Saya yang cadangkan majlis akad nikah diadakan pada 17 Februari ini kerana itu tarikh ulang tahun saya. Pun begitu, tarikh majlis di sebelah pihak saya belum ada ketetapan kerana kami masih mencari dewan. “Kalau ikutkan, saya mahu kenduri menyambut menantu diadakan seminggu selepas majlis persandingan pihak wanita tetapi keluarga minta ditangguhkan ke bulan April depan. “Banyak persediaan yang perlu dilakukan, kalau nak cepat memang tak sempat. Lagipun dewan di tempat kelahiran saya di Setiawan, Perak penuh jadi kena cari tarikh yang ada kekosongan. “Ada juga permintaan supaya majlis diadakan di Kuala Lumpur kerana lebih mudah untuk sahabat handai hadir. Tengoklah macam mana nanti, saya akan fikirkan perkara ini",katanya.


Acara membatalkan air sembahyang
Pemberian dari suami tercinta
Akui Hassan, dia mengenali Ulfah selepas program IM2 tamat menerusi seorang kenalan. Bermula dengan melihat gambar timbul rasa berkenan di hati. Maka pertemuan diatur di mana Ulfah ditemani abangnya. Keperibadian Ulfah membuatkan hatinya terpaut. Yakin itulah jodoh terbaik buatnya, rombongan meminang diutus pada November lalu dan selepas pulang dari menunaikan Haji pada penghujung Disember, perancangan melangsungkan perkahwinan mula diatur. “Saya dan Ulfah berkomunikasi menerusi kiriman SMS dan kami sepakat untuk bercinta selepas berkahwin.

Ulfah sedang menanti panggilan memulakan tugas sebagai pendidik dan kini menyambung pengajian ke peringkat Sarjana dalam bidang Usuluddin di Universiti Malaya. (Kredit: CTHoney.blogspot.com)


Imam Muda Hassan & Fadatul Ulfah
Fadatul Ulfah sudah sah menjadi isteri kepada Imam Muda Hassan
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Gambar & Majlis Pernikahan Imam Muda Hassan Adli & Fadatul Ulfah!

Edisi Hangat! Gambar Kad Kahwin Imam Muda Hassan Islamik!

Oleh Kaki Wayang on

Imam Muda Hassan akan menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi. Blog Beautifulnara telah pun mendapat kad kahwin Imam Muda Hassan daripada jurukamera rasmi majlis mereka. Sangat cantik, simple dan menarik.

Menarik kan? Wanita yang berjaya mencuri hati Imam Muda Hassan bernama Fardatul Ulfah bt Dr. hj. Jamali. Untuk makluman, majlis akad nikah Imam Muda Hassan akan dilangsungkan pada 17 Februari ini di Sabak Bernam, Selangor.



Ucapkan terima kasih kepada jurukamera rasmi majlis perkahwinan Imam Muda Hassan iaitu Studio Mukmin dengan LIKE Facebook Studio Mukmin.
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Gambar Kad Kahwin Imam Muda Hassan Islamik!

Betol-betol Hangat! Rezeki Imam Muda Hassan!

Oleh Kaki Wayang on


HANYA dengan perbezaan lima markah, pensyarah Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM), Mohd. Hassan Adli Yahaya @ Yahuza, 26, berjaya melayakkan dirinya sebagai juara Imam Muda musim kedua (IM2) yang berlangsung Jumaat lalu di Dewan Muktamar Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Kuala Lumpur. 

Kemenangan anak kelahiran Lumut, Perak itu dikhabarkan berpihak kepada Hassan kerana pemuda itu mempunyai suara yang sedap ketika bertaranum selain banyak menyimpan senyum dan mendapat markah ujian teori yang tinggi saban minggu.

Penghuraian kemenangan itu dijawab tenang oleh Mudir (Pengetua) Imam Muda 2, Datuk Hassan Mahmood Al-Hafiz, saat kemenangan Hassan disoal para media ketika sidang akhbar usai malam kemuncak Iman Muda 2. 

Katanya, keputusan kemenangan Hassan yang dinilai para juri juga adalah telus tanpa sebarang pakatan.

“Penilaian pertandingan ini adalah telus daripada setiap juri. Tiada pakatan yang wujud dalam pertandingan Imam Muda 2.. Kedua-duanya mempamerkan persembahan yang mantap di malam kemucak Imam Muda 2 tetapi kelebihan lima markah berpihak kepada Hassan.

“Hassan juga mempunyai kelebihan pada ujian teori yang konsisten setiap minggu. Hassan juga pernah dinobatkan sebagai pelajar contoh sebanyak dua kali sepanjang 10 minggu program dijalankan,” katanya bagi mengulas mengenai kemenangan Hassan.

Bagi Hassan sendiri, dia tidak menyangka kemenangan pada malam itu berpihak kepadanya. Menurutnya, ia ibarat mimpi yang menjadi nyata. Bahkan ujian tazkirah, hafalan ayat al-Quran dan sesi soal jawab sangat mencabar baginya.

“Kemenangan ini bukan untuk saya seorang tetapi juga buat ibu dan arwah ayah. Saya sangat bersyukur dan tidak menyangka dengan kemenangan ini. Kemuncak malam IM2 sangat mencabar apabila kami berdua perlu bertazkirah, berselang seli menghafal ayat al-Quran dan menjawab soalan yang diberikan,” kata Hassan yang juga merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu (Al-Quran dan Hadith), Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Ditebak dengan soalan peserta paling beremosi kerana sering mengalirkan air mata, menurut Hassan, sejak ayahnya meninggal dunia dia terlalu rapat dengan ibunya. Selama tiga bulan tidak bertemu ibu dan mengetahui akan dunia luar, jiwanya menjadi tidak keruan. Maknya juga banyak mengharapkan yang terbaik buat dirinya.
 
Sementara itu, kekalahan Nazrul tidak bermakna diri anak kelahiran Segamat, Johor itu tidak hebat tetapi nasib tidak menyebelahinya. Nazrul turut dipuji pengetua Hassan kerana mempunyai kelebihan tersendiri. Katanya, pemenang tempat kedua Imam Muda 2 itu mempunyai jiwa pendidik dan pandai berkata-kata.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Rezeki Imam Muda Hassan!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...