PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label Fadhilat As-Sajdah. Show all posts
Showing posts with label Fadhilat As-Sajdah. Show all posts
Home » Posts filed under Fadhilat As-Sajdah
Edisi Agama! Doa, Fadhilat dan Tafsiran Ketika Berwuduk
Oleh Kaki Wayang on
Berikut ini adalah hikmah yang dapat kita peroleh
dari wudhu seperti yang diuraikan Imam Al-Ghazali dalam bukunya "Ihya
Ulumuddin". Mudah-mudahan Allah swt selalu mencucurkan rahmat-Nya. Banyak
di antara kita yang tidak sadar akan hakikat bahwa setiap yang dituntut dalam
Islam mempunyai hikmah tersendiri.
1. Ketika berkumur, berniatlah dengan, "Ya Allah ampunilah dosa mulut dan
lidahku ini.
Penjelasan: Sehari-hari kita bercakap-cakap
mengenai benda-benda yang tak berfaedah.
2. Ketika membasuh muka, berniatlah dengan, "Ya Allah,putihkanlah mukaku di akhirat
kelak, Janganlah Kau hitamkan mukaku ini".
Penjelasan: Muka para ahli surga putih
berseri-seri.
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah
dengan, "Ya Allah, berikanlah
hisab-hisabku di tangan kananku ini"
Penjelasan: Hisab-hisab ahli surga diberikan di
tangan kanannya.
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah
dengan, "Ya Allah, janganlah
Kauberikan hisab-hisabku di tangan kiriku ini".
Penjelasan: Hisab-hisab ahli neraka diberikan di
tangan kirinya.
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah dengan, "Ya Allah, lindungilah aku dari terik
matahari di Padang Ma'syar dengan Arasy-Mu"
Penjelasan: Panas di Padang Masyar seperti
matahari sejengkal di atas kepala.
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa telingaku
ini"
Penjelasan: Sehari-hari kita mendengar orang
mengumpat, memfitnah, dan mendengar lagu-lagu berunsur maksiat.
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah dengan,
"Ya Allah, permudahlah aku melintasi
titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan : Ahli surga melintasi titian dengan
mudah sekali.
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah dengan, "Ya Allah, bawalah aku pergi ke
masjid-masjid, surau-surau, dan bukan tempat-tempat maksiat"
Penjelasan : Qadha' dan qadar kita berada di
tangan Allah.
Edisi Khas Al-Quran! Fadhilat Surah AS-Sajdah
Oleh Kaki Wayang on
SURAH As-Sajdah (bererti sujud) adalah surah yang ke 32 dalam Al-Quran mengandungi 30 ayat. la dinamakan As-Sajdah kerana terdapat ayat yang menerangkan perihal orang-orang yang beriman, apabila mendengar ajaran kitab Allah lalu sujud sebagai bersyukur atas segala nikmat Allah. Selain dari itu ditegaskan dasar tauhiddan dalil-dalil yang membuktikan keesaan Allah, disamping mengurniakan taufiq dan hidayah kepada umat Islam.
Surah
As-Sajdah adalah di antara beberapa surah di dalam Al-Quran yang mengandungi
ayat Sajdah iaitu ayat yang disunatkan Sujud Tilawah bagi seseorang yang sedang
membacanya, sama ada ketika solat atau tidak.
Terdapat
beberapa Hadis Rasulullah SAW yang menerangkan fadhilat, faedah dan hikmah
untuk mereka yang mengamalkan membaca Surah As-Sajdah ini.
1.
Baginda tidak akan tidur sebelum membaca Surah ini dan Surah Al-Mulk.
2.
Melindungi pembacanya dari seksa kubur.
3.
Mendapat pahala yang besar seperti pahala mereka tetap solatnya pada malam
lailatul-qadar.
4.
Mendapat hidayah ilmu yang yakin.
5.
Dikurniakan cahaya (nur) pada dirinya semasa ia mati.
Surah
ini dibaca oleh imam di kebanyakan surau dan masjid pada pagi Jumaat di dalam
solat subuh. Dengan menghadiri solat subuh tersebut, insyallah, hikmah dan
fadhilat akan diperolehi.