Kereta berkenaan dipercayai dijual oleh pengumpul kereta Ferrari, Jon Hunt yang membelinya pada 2008 dengan harga $15.7 juta, rekod dunia ketika itu. Hunt yang mengasaskan agensi hartanah Foxtons sebelum menjualnya dengan harga $370 juta pada 2007, menjual Ferrari buatan 1963 itu pada harga $20.2 juta, mencatatkan keuntungan sebanyak $4.5 juta dalam masa hanya tiga tahun.
Kereta yang bernombor plat 5095 itu dilengkapi enjin V12 dan mampu mencapai kelajuan 287 kilometer sejam.
Harga baru kereta itu pada 1963 ialah $6,000, sama harga dengan sebuah rumah berkembar pada 1960-an. Ferrari 250 GTO itu kini adalah kereta kedua termahal di dunia selepas kereta Bugatti keluaran 1936 yang dijual pada harga $26 juta pada 2010.