Sudah genap dua tahun Bienda dan suaminya, Kamarul Zariman Abdul Rahman mendirikan rumahtangga secara senyap dan
rahsia. Jika sebelum ini ada media yang menanyakan hal perkahwinan
mereka, mereka tidak akan memberikan sebarang komen kerana mereka mahu
merahsiakan tentang perkahwinan mereka dari diketahui oleh pihak media
sehinggalah hal itu redha dan diketahui ramai.
Bienda yang ini sedang berbadan dua mengakui bayi dalam kandungannya itu sudah genap usia 8 bulan dan
jantina bayi yang bakal dilahirkan itu juga sudah sedia maklum oleh
mereka berdua. Namun, Bienda memilih untuk tidak memberitahu apa jantina
bayi yang akan dilahirkannya itu nanti walaupun sudah ramai wartawan dan media menanyakan hal itu, bak kata Dato siti, biarlah rahsia.
“Saya dan suami dah buat ujian imbasan (scan) dan kami ada jawapannya. Tapi maaflah, saya belum bersedia nak beritahu. Bukan apa, saya dan
suami lebih suka jadikan ia satu kejutan. Biarlah bayi saya lahir dulu.
Ketika itu semua orang akan dapat jawapannya bukanlah nak sorok sangat
pun,” kata Bienda yang mahu bermain teka teki.
sumber: wstarz.com
Sila baca selanjutnya → Edisi Hangat! Gambar Hot Bienda yang Kini Sarat Mengandung!