Edisi Hangat! Gambar Hot Bienda yang Kini Sarat Mengandung!

Oleh Kaki Wayang on

Sudah genap dua tahun Bienda dan suaminya, Kamarul Zariman Abdul Rahman mendirikan rumahtangga secara senyap dan rahsia. Jika sebelum ini ada media yang menanyakan hal perkahwinan mereka, mereka tidak akan memberikan sebarang komen kerana mereka mahu merahsiakan tentang perkahwinan mereka dari diketahui oleh pihak media sehinggalah hal itu redha dan diketahui ramai.



Bienda yang ini sedang berbadan dua mengakui bayi dalam kandungannya itu sudah genap usia 8 bulan dan jantina bayi yang bakal dilahirkan itu juga sudah sedia maklum oleh mereka berdua. Namun, Bienda memilih untuk tidak memberitahu apa jantina bayi yang akan dilahirkannya itu nanti walaupun sudah ramai wartawan dan media menanyakan hal itu, bak kata Dato siti, biarlah rahsia.
“Saya dan suami dah buat ujian imbasan (scan) dan kami ada jawapannya. Tapi maaflah, saya belum bersedia nak beritahu. Bukan apa, saya dan suami lebih suka jadikan ia satu kejutan. Biarlah bayi saya lahir dulu. Ketika itu semua orang akan dapat jawapannya bukanlah nak sorok sangat pun,” kata Bienda yang mahu bermain teka teki.

sumber: wstarz.com

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...