Edisi Sentap! Rita Rudaini Dan Zaquan Adha Bergaduh Di Twitter, Saling Berbalas Sindiran?

Oleh Kaki Wayang on

 
Zaman sudah berubah, gaya kita bergaduh juga turut berubah hari ini — jika dulu boleh bertentang mata, kini Twitter & Facebook pun sudah memadai. Ini bukan kes pertama selebriti bergaduh di dunia maya sejak internet di’cipta dan kita sendiri sebenarnya tidak terlepas dari sindir menyindir di laman sosial masing masing hari ini.

Rita Rudaini & Zaquan Adha kita sudah sedia maklum mempunyai hubungan yang kurang baik sejak aktress tersebut jalin hubungan cinta dengan kembar beliau, Aidil Zafuan tidak lama dahulu.

Dan, perbalahan antara mereka nampaknya tidak menampakkan tanda tanda untuk reda selepas beberapa jam lalu, masing masing mengeluarkan kenyataan sinis melalui akaun Twitter.

Zaquan Adha menulis yang beliau tidak berasa hairan yang Rita Rudaini tidak peduli ibu mertua tidak menyayangi beliau kerana aktress itu sendiri di’dakwa sudah lama tidak balik ke rumah keluarga Aidil Zafuan.

Rita Rudaini membalas kenyataan Zaquan Adha dengan berkata pemain bola sepak itu merupakan punca beliau tidak mahu balik ke rumah keluarga mertua dek kerana sikap’nya yang suka melaga lagakan. 






Kredit: RotiKaya.com

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...