Heboh satu Malaysia apabila blog terkenal BLOG SERIUS digodam semalam..berikut merupakan pesanan PENGGODAM tersebut yang mahu dikenali dengan nama C0D3BR34K
Selamat
pagi kepada semua pembaca Blog Serius. Terlebih dahulu aku meminta maaf
kepada admin kerana aku telah memasuki blog beliau tanpa izin. Disini
biar aku terangkan mengapa aku pecah masuk ke laman yang popular seperti
ini.
Hack bukan beerti jahat. Hack seperti ini adalah sebagai pengujian keselamatan sesuatu laman itu. Tanpa hack mcm ni, kita takkan tahu dimana kelemahan site kita. Ya, mungkin untok blog tak perlu security yang tinggi, tapi why not implement dari sekarang sebelum btol2 ada website sendri. Dan ya, cara masuk begini memang salah tapi jangan risau. Aku sekadar memecah masuk laman ini, tiada data, koding atau apa2 protokol yang aku ubah. Semua seperti biasa. Belajarlah dari pengalaman. Ambil dari sudut positif. Banyak kelemahan yang aku jumpa. Blog yang popular seperti Blog Serius ini tidak harus diabaikan keselamatannya kerana blog ini mempunyai ramai pembaca. Sudah tentu anda (admin) tidak mahu blog ini jatuh di tangan orang yang lebih kejam dari aku.
Kepada admin laman ini, jutaan kemaafan dipohon, dan berjumpa kita di bahagian bawah iaitu bahagian komen post ini untuk aku memberikan kata laluan kamu semula. Post komen kamu nanti aku berikan kata laluan.
Kinds and regards,
-=C0D3BR34K=-