Edisi Sentap! Segalanya Terbongkar Apabila Si Anak Berkata, "Ustazah saya berzina dengan bapa"!

Oleh Kaki Wayang on

Seorang bekas pegawai pendakwa mencium kaki anak tirinya selepas Mahkamah Sesyen di sini, semalam menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun berikutan mengaku salah merogol kanak-kanak berusia 11 tahun itu di rumahnya di Seksyen 17, di sini.

Tertuduh berusia 59 tahun itu berbuat demikian bagi memohon maaf terhadap mangsa yang dirogolnya sejak berusia enam tahun. Sambil menangis teresak-esak di atas lantai, lelaki itu melahirkan perasaan kesal terhadap perbuatannya sambil disaksikan isterinya yang juga ibu mangsa.

Berdasarkan fakta kes, hubungan terlarang itu pernah disaksikan isterinya, tetapi tidak diendahkan.

Bagaimanapun, ‘drama’ tidak berakhir di situ apabila ibu mangsa memeluk erat anaknya tidak rela berpisah dengan mangsa yang diletakkan di bawah perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Lelaki itu yang pernah berkhidmat dengan agensi kerajaan didakwa merogol mangsa di sebuah rumah di Seksyen 17, di sini, pada waktu pagi, antara 2005 dan 30 April tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar memerintahkan hukuman bermula dari tarikh tangkapan tertuduh pada 8 Mei tahun lalu. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Salwa Asmary Abdul Rahim memohon hukuman berat kerana tertuduh sepatutnya melindungi anak tirinya sebaliknya merogol mangsa. Malah, mangsa pernah mengadu kepada ibunya, tetapi dimarahi.

Katanya, kejadian menyebabkan mangsa trauma dan memberi tanggapan negatif terhadap anaknya.

Bagaimanapun, peguam bela, Mohd Hidir memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya tua dan menghidap penyakit jantung, kencing manis serta buah pinggang.

Katanya, pengakuan salah lelaki itu juga sudah menjimatkan masa dan kos mahkamah. “Tiada alasan atas apa yang berlaku, cuma tertuduh amat kesal. Dia bertanggungjawab (atas kesalahan itu),” katanya. 

Berdasarkan fakta kes, tembelang tertuduh pecah apabila mangsa menceritakan kepada ustazahnya bahawa dia ‘berzina’ dengan bapanya selepas mempelajari perkara yang membatalkan puasa ketika pendidikan agama.

Ustazah itu merujuk kepada guru kelas sebelum membuat laporan polis.

Siasatan mendapati, kejadian berlaku ketika ibu mangsa tiada di rumah. Malah, ibu mangsa mengetahui kejadian itu tetapi mendiamkan diri dan berpura-pura ia tidak berlaku, malah memarahi anaknya.

Mangsa menyatakan tertuduh mengugut menghentak kepalanya ke dinding jika tidak memenuhi permintaan mengadakan hubungan seks, selain mengemukakan kondom diberikan tertuduh kepadanya.


Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...