Mayat bayi mengerikan tanpa kepala dan putus sebelah kakinya ditemui
seorang lelaki ketika menjala ikan di sebatang sungai, di sini, petang
semalam. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin
Jamaluddin berkata, mayat bayi itu ditemui kira-kira jam 1 petang
berhampiran kawasan perumahan di Kuala Ampang.
.
“Bayi itu ditemui tersangkut pada celah-celah batu di
tebing sungai berhampiran dengan kilang elektronik, ketika ditemui,
mayat bayi tanpa pakaian itu dalam keadaan tertiarap dan telah hampir
reput,” katanya.
.
Setakat ini, beliau berkata, jantina bayi itu masih belum dikenal
pasti, pemeriksaan unit forensik polis mendapati, mangsa tidak berkepala
dan kaki kanannya juga tiada.
.
“Mangsa dipercayai dibuang di lokasi lain dan dihanyutkan arus
sungai sebelum dijumpai, mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti
Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat,” katanya.