Edisi Hangat! "Malaysia" Layak ke Final Piala Liga Inggeris!

Oleh Kaki Wayang on


Pengurus Cardiff, Malky Mackay (kanan) dan Chan Tien Ghee meraikan kejayaan mara ke final Piala Liga, semalam.

Kejayaan Cardiff City mara ke perlawanan akhir Piala Liga semalam turut menarik perhatian Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang menganggap ia satu kebanggaan buat negara. Kelab dari Wales itu yang dimiliki oleh ahli perniagaan Malaysia, Datuk Chan Tien Ghee berjaya mara ke perlawanan akhir Piala Liga selepas menumpaskan Crystal Palace menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi separuh akhir kedua.

Menurutnya, selain dimiliki oleh ahli perniagaan dari Malaysia, kelab yang beraksi di divisyen satu di England itu turut memakai jersi yang tertera nama negara dan ia layak untuk disebutkan sebagai satu sejarah.

"Saya amat gembira dengan kejayaan ini, kita juga masih mempunyai dua kelab di Liga Perdana Inggeris, Queens Park Rangers dan Aston Villa di mana pada jersi kedua-dua pasukan tersebut mempunyai kaitan dengan Malaysia," katanya kepada media selepas melawat Pusat Simulasi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) semalam.

Jelasnya, kejayaan tersebut bukan sahaja menarik perhatian rakyat Malaysia tetapi turut menjadi bualan di peringkat antarabangsa.

Kelab yang terkenal dengan nama jolokan Bluebirds itu layak ke saingan akhir buat pertama kali dan pernah muncul juara Piala FA pada 1927 serta dua kali meraih gelaran naib juara pada 1925 dan 2008.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...