Lagu Awan Nano nyanyian Hafiz AF7 dinobatkan Juara Anugerah Juara
Lagu edisi ke-26 yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, malam
tadi. Dengan kemenangan itu, lagu ciptaan Datuk M Nasir dan lirik oleh
Buddhi Hekayat itu sekali gus berjaya membawa pulang hadiah wang tunai
keseluruhan berjumlah RM35,000 dan trofi.
Manakala lagu Beribu Sesalan (Jacklyn Victor, Ning Baizura dan Shila Amzah) mendapat tempat kedua dan lagu Karma (Faizal Tahir) pula menduduki tempat ketiga. Masing-masing meraih hadiah wang tunai, RM15,000 dan RM12,000 serta trofi. Bagi kategori Vokal Terbaik, juri sebulat suara memilih Hafiz menerusi lagu Awan Nano yang membolehkan dia menggondol wang tunai RM10,000 serta trofi.
Sementara itu, persembahan mantap Alyah ketika mendendangkan lagu Kisah Hati berjaya memikat juri sehingga melayakkannya kategori Persembahan Terbaik dan membawa pulang wang tunai RM10,000 dan trofi.
Lagu lain yang bertanding pada AJL26 kali ini termasuklah Kalau Berpacaran nyanyian Shohaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet, Penakut (Yuna), Sedetik Lebih (Jaclyn Victor), Gadis Semasa (Yuna), Cinta Muka Buku (Najwa Latif), Kekanda Adinda (Atilia, Monoloque), Wanita Seluruh Dunia (Projek Pistol), Sungai Lui (Aizat) dan Kisah Hati (Alyah).
Buat kali pertamanya, acara gilang-gemilang itu diadili oleh 30 juri daripada pelbagai latar belakang dalam bidang muzik diketuai komposer terkenal, Azmeer. Malah, Anugerah Juara Mobile yang diadili berdasarkan lagu paling banyak dimuat turun dengan kerjasama Celcom dimenangi lagu Sedetik Lebih ciptaan Edry Abdul Halim. Berbeza dengan AJL pada tahun-tahun sebelumnya, acara kali ini hanya menggandingkan Cheryl Samad dan Faizal Ismail sebagai hos tanpa Ally Iskandar yang kini sedang bercuti selepas melangsungkan majlis perkahwinannya.
Selain menyaksikan finalis yang bertanding, AJL25 turut diserikan dengan persembahan pembukaan oleh Raja Pop, Jamal Abdillah; Raja Rock, Awie dan Ratu Jazz, Datuk Shiela Majid, manakala interlude istimewa mengenai Sudirman, membabitkan Black, Hazama dan Azlan The Typewriter. Acara pada malam itu disiarkan secara langsung menerusi TV3 serta Hot FM selaku penyiar radio rasmi.
Upacara penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPB), Ahmad Izham Omar.