Sehari selepas seniwati Azean Irdawaty difitnah meninggal dunia, semalam
seorang lagi anak seni tempatan menerima nasib yang sama iaitu Dafi.
Menurutnya, cerita yang mengatakan dia meninggal dunia tersebar di laman Twitter sekitar jam 8 malam.
"Memang terkejut bila ada yang mengatakan saya meninggal dunia sedangkan saya kini berada di Jakarta, Indonesia atas urusan kerja. Saya dapat tahu cerita tersebut daripada salah seorang kelab peminat saya.

"Bila baca apa yang disebarkan itu, saya ketawa dan anggap ia perkara
lucu. Namun, saya tetap berfikiran positif dan berdoa semoga saya
panjang umur," kongsi Dafi yang dihubungi MH Online.
Ditanya pula bagaimana reaksi ahli keluarganya, kata Dafi; "Saya sendiri memaklumkan mereka berkenaan hal tersebut. Dan mereka sendiri tergelak cuma kesal kenapa masih ada pihak yang cuba menyebarkan cerita yang tidak betul. Soal mati bukan perkara main-main." Dafi yang berada di Jakarta sehingga Rabu ini turut berpesan agar fitnah sedemikian dihentikan. "Jika tidak suka saya sekalipun, janganlah fitnah dengan cerita sedemikian," katanya ringkas.