PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label Dafi meninggal dunia. Show all posts
Showing posts with label Dafi meninggal dunia. Show all posts
Home » Posts filed under Dafi meninggal dunia
Edisi Informasi! Bekas wartawan Utusan Malaysia meninggal!
Oleh Kaki Wayang on
Bekas Ketua Meja Mahkamah Utusan Malaysia, Kamariah Ahmad ditemui
meninggal dunia di rumahnya di Menara Cenderawasih AU3 Keramat di sini
malam semalam. Allahyarham yang berusia 59 tahun menghidap kanser payu dara.
Allahyarham menyertai Utusan Malaysia sebagai wartawan di Meja
Mahkamah pada tahun 1979 dan dikenali sebagai seorang ketua yang begitu
mengambil berat tentang kebajikan anak-anak buahnya.
Sepanjang karier beliau, Allahyarham yang masih bujang, telah membuat
liputan pelbagai kes mahkamah yang pernah menggemparkan negara,
antaranya kes perbicaraan Mona Fandey, kumpulan militan Al-Maunah, kes
liwat dan salah guna kuasa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kes bekas
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Mohd. Taib.
Allahyarham yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan dan bersara pada 14 April 2009, dibawa ke Hospital Kuala Lumpur.
Jenazah Allahyarham akan di kebumikan esok di Tanah Perkuburan Islam
Kampung Bandar, Pulai Chondong, Machang, Kelantan sebaik sahaja urusan
hospital selesai dijalankan.
Edisi Sentap! Dafi Pula Meninggal Dunia?
Oleh Kaki Wayang on
Sehari selepas seniwati Azean Irdawaty difitnah meninggal dunia, semalam
seorang lagi anak seni tempatan menerima nasib yang sama iaitu Dafi.
Menurutnya, cerita yang mengatakan dia meninggal dunia tersebar di laman Twitter sekitar jam 8 malam.
"Memang terkejut bila ada yang mengatakan saya meninggal dunia sedangkan saya kini berada di Jakarta, Indonesia atas urusan kerja. Saya dapat tahu cerita tersebut daripada salah seorang kelab peminat saya.
"Memang terkejut bila ada yang mengatakan saya meninggal dunia sedangkan saya kini berada di Jakarta, Indonesia atas urusan kerja. Saya dapat tahu cerita tersebut daripada salah seorang kelab peminat saya.
"Bila baca apa yang disebarkan itu, saya ketawa dan anggap ia perkara
lucu. Namun, saya tetap berfikiran positif dan berdoa semoga saya
panjang umur," kongsi Dafi yang dihubungi MH Online.
Ditanya pula bagaimana reaksi ahli keluarganya, kata Dafi; "Saya sendiri memaklumkan mereka berkenaan hal tersebut. Dan mereka sendiri tergelak cuma kesal kenapa masih ada pihak yang cuba menyebarkan cerita yang tidak betul. Soal mati bukan perkara main-main." Dafi yang berada di Jakarta sehingga Rabu ini turut berpesan agar fitnah sedemikian dihentikan. "Jika tidak suka saya sekalipun, janganlah fitnah dengan cerita sedemikian," katanya ringkas.