Edisi Hangat! Sheila Rusly anggap PESERTA Raja Lawak 6 BUSUK!

Oleh Kaki Wayang on


Sheila Rusly Anggap Peserta RL6 'Busuk'


Jika pertandingan Maharaja Lawak Mega menyaksikan Datuk Chef Wan sebagai pengkritik paling lantang, Raja Lawak musim ke-6 (RL6) pula seolah-olah menjadi pengkritik paling lantang menerusi rancangan di saluran Astro Warna itu.

Pada pertandingan minggu ke-3 RL6 itu, Sheila mengeluarkan kritikan pedas termasuklah mengatakan kumpulan tro, Ketupat sebagai ‘busuk’ kerana persembahan mereka pada malam itu yang tidak memuaskan hati pelakon wanita tersebut.

Bagaimanapun, Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani berkata, perkataan busuk yang dilontarkan oleh Sheila itu bukan sahaja tidak melampaui batas, malah ia juga tidak melukakan hati para peserta RL6 terutamanya kumpulan Ketupat.

“Daripada segi etika penyiaran, perkataan busuk yang digunakan oleh Sheila itu tidak melanggar peraturan sedia ada. Bagi kami perkataan itu biasa sahaja kerana sebelum ini kami telah mengadakan briefing (penerangan) kepada setiap pengkritik seperti Sheila.

“Malah, kalau diikutkan kritikan Chef Wan dalam Maharaja Lawak Mega tahun lalu lebih pedas. Setakat ini, para penonton RL6 juga tidak mengemukakan sebarang bantahan,” katanya sewaktu ditemui pada sidang akhbar selepas minggu ke-3 RL6 di Astro di sini semalam.

Kritikan pedas dan persembahan terus daripada kumpulan Ketupat yang dianggotai oleh Mohd. Hafizi Hussin, 26, Mohd. Khairi Kamarudin, 26, dan Jusri Johan, 26, menyebabkan mereka tersingkir bersama kumpulan King kerana mendapat undian SMS terendah.

Pada persembahan itu, Ketupat mendapat markah SMS terendah sebanyak 5.7 peratus dan King pula sebanyak 6.3 peratus, manakala kumpulan yang mendapat tiga kedudukan teratas RL6 ialah kumpulan Zero dengan 14.1 markah, Shero (12.1) dan 2Yol (11).

Sementara itu, salah seorang anggota Ketupat, Mohd. Hafizi berkata, dia dan anggota-anggota kumpulannya tidak berkecil hati dengan Sheila yang melabelkan persembahan mereka ‘busuk’, sebaliknya menerima dengan hati yang terbuka.

“Komen Kak Sheila itu memberi kami semangat untuk terus melakukan yang terbaik walaupun hakikatnya kami tersingkir pada malam ini. Bagi saya setiap yang wangi itu akan ada juga busuknya. Apa pun kami tetap bertuah kerana diberi peluang bertanding dalam RL6.

“Ini kerana, kami salah satu daripada 12 peserta yang bertanding dalam musim RL tahun ini daripada hampir 6,000 peserta bertuah terpilih dalam sesi-sesi ujibakat yang telah diadakan di seluruh negara. Tetapi mungkin rezeki kami setakat ini sahaja,” ujarnya.

Dengan penyingkiran Ketupat dan King, minggu depan minggu keempat 10 lagi peserta RL6 yang akan meneruskan saingan ialah Kodan, Skema, Cuit, Gman, Albob, Shiro, Riki, Selak, 2Yol dan Zero pada pertandingan yang berteraskan 100 peratus kepada undian SMS penonton.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...