PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label Raja Lawak 6. Show all posts
Showing posts with label Raja Lawak 6. Show all posts
Home » Posts filed under Raja Lawak 6
Edisi Hangat! Sheila Rusly anggap PESERTA Raja Lawak 6 BUSUK!
Oleh Kaki Wayang on
Jika pertandingan Maharaja Lawak Mega menyaksikan Datuk Chef Wan
sebagai pengkritik paling lantang, Raja Lawak musim ke-6 (RL6) pula
seolah-olah menjadi pengkritik paling lantang menerusi rancangan di
saluran Astro Warna itu.
Pada pertandingan minggu ke-3 RL6 itu, Sheila mengeluarkan kritikan
pedas termasuklah mengatakan kumpulan tro, Ketupat sebagai ‘busuk’
kerana persembahan mereka pada malam itu yang tidak memuaskan hati
pelakon wanita tersebut.
Bagaimanapun, Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani
berkata, perkataan busuk yang dilontarkan oleh Sheila itu bukan sahaja
tidak melampaui batas, malah ia juga tidak melukakan hati para peserta
RL6 terutamanya kumpulan Ketupat.
“Daripada segi etika penyiaran, perkataan busuk yang digunakan oleh
Sheila itu tidak melanggar peraturan sedia ada. Bagi kami perkataan itu
biasa sahaja kerana sebelum ini kami telah mengadakan briefing
(penerangan) kepada setiap pengkritik seperti Sheila.
“Malah, kalau diikutkan kritikan Chef Wan dalam Maharaja Lawak Mega
tahun lalu lebih pedas. Setakat ini, para penonton RL6 juga tidak
mengemukakan sebarang bantahan,” katanya sewaktu ditemui pada sidang
akhbar selepas minggu ke-3 RL6 di Astro di sini semalam.
Kritikan pedas dan persembahan terus daripada kumpulan Ketupat yang
dianggotai oleh Mohd. Hafizi Hussin, 26, Mohd. Khairi Kamarudin, 26, dan
Jusri Johan, 26, menyebabkan mereka tersingkir bersama kumpulan King
kerana mendapat undian SMS terendah.
Pada persembahan itu, Ketupat mendapat markah SMS terendah sebanyak
5.7 peratus dan King pula sebanyak 6.3 peratus, manakala kumpulan yang
mendapat tiga kedudukan teratas RL6 ialah kumpulan Zero dengan 14.1
markah, Shero (12.1) dan 2Yol (11).
Sementara itu, salah seorang anggota Ketupat, Mohd. Hafizi berkata,
dia dan anggota-anggota kumpulannya tidak berkecil hati dengan Sheila
yang melabelkan persembahan mereka ‘busuk’, sebaliknya menerima dengan
hati yang terbuka.
“Komen Kak Sheila itu memberi kami semangat untuk terus melakukan
yang terbaik walaupun hakikatnya kami tersingkir pada malam ini. Bagi
saya setiap yang wangi itu akan ada juga busuknya. Apa pun kami tetap
bertuah kerana diberi peluang bertanding dalam RL6.
“Ini kerana, kami salah satu daripada 12 peserta yang bertanding
dalam musim RL tahun ini daripada hampir 6,000 peserta bertuah terpilih
dalam sesi-sesi ujibakat yang telah diadakan di seluruh negara. Tetapi
mungkin rezeki kami setakat ini sahaja,” ujarnya.
Dengan penyingkiran Ketupat dan King, minggu depan minggu keempat 10
lagi peserta RL6 yang akan meneruskan saingan ialah Kodan, Skema, Cuit,
Gman, Albob, Shiro, Riki, Selak, 2Yol dan Zero pada pertandingan yang
berteraskan 100 peratus kepada undian SMS penonton.