Konflik dalam perkahwinan pasangan pelakon dan bintang bola sepak
negara iaitu Rita Rudaini Mokhtar-Aidil Zafuan Abd Radzak bagai tiada
kesudahannya.
Terbaru, dia dan adik iparnya Zaquan Adha Abd Radzak dilaporkan
bertelagah di laman Twitter selepas pemain bola sepak itu dikatakan
telah menasihati Rita agar tidak menyebarkan fitnah yang menuduh Zaquan
melakukan perkara tidak baik terhadap seorang wanita.
Zaquan mendakwa tuduhan Rita sebagai satu ugutan yang bertujuan untuk menjatuhkan maruahnya sebagai orang yang dikenali.
Dalam responsnya, Rita sekali lagi menyelar pihak tertentu yang cuba
mencampuri urusan rumah tangganya sehingga menggoyahkan tahap kesabaran.
Lebih memburukkan keadaan, suami aktres itu pula dilaporkan telah
meninggalkan rumah mereka di Damansara sejak seminggu lalu ketika Rita
dan dua anak mereka Airit Rayyan Rizqin, tiga dan Airit Rafqa Arjuna,
sembilan bulan, pulang ke kampung di Kangar, Perlis.
Jelas Rita, dia menjadi bertambah terkejut apabila diberitahu oleh
pembantu rumah bahawa Aidil dilihat bersama kembarnya Zaquan Adha dan
isteri juga pelakon Ayu Raudhah berkomplot membantu Aidil keluar
daripada kediaman tersebut.