PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label Zaquan Adha. Show all posts
Showing posts with label Zaquan Adha. Show all posts
Home » Posts filed under Zaquan Adha
Edisi Sentap! Aidil, Zaquan Adha dan Ayu Raudhah tinggalkan Rita Rudaini!
Oleh Kaki Wayang on
Konflik dalam perkahwinan pasangan pelakon dan bintang bola sepak
negara iaitu Rita Rudaini Mokhtar-Aidil Zafuan Abd Radzak bagai tiada
kesudahannya.
Terbaru, dia dan adik iparnya Zaquan Adha Abd Radzak dilaporkan
bertelagah di laman Twitter selepas pemain bola sepak itu dikatakan
telah menasihati Rita agar tidak menyebarkan fitnah yang menuduh Zaquan
melakukan perkara tidak baik terhadap seorang wanita.
Zaquan mendakwa tuduhan Rita sebagai satu ugutan yang bertujuan untuk menjatuhkan maruahnya sebagai orang yang dikenali.
Dalam responsnya, Rita sekali lagi menyelar pihak tertentu yang cuba
mencampuri urusan rumah tangganya sehingga menggoyahkan tahap kesabaran.
Lebih memburukkan keadaan, suami aktres itu pula dilaporkan telah
meninggalkan rumah mereka di Damansara sejak seminggu lalu ketika Rita
dan dua anak mereka Airit Rayyan Rizqin, tiga dan Airit Rafqa Arjuna,
sembilan bulan, pulang ke kampung di Kangar, Perlis.
Jelas Rita, dia menjadi bertambah terkejut apabila diberitahu oleh
pembantu rumah bahawa Aidil dilihat bersama kembarnya Zaquan Adha dan
isteri juga pelakon Ayu Raudhah berkomplot membantu Aidil keluar
daripada kediaman tersebut.
Edisi Sentap! Rita Rudaini Terima Surat Permohonan Cerai Zaquan Adha!
Oleh Kaki Wayang on
Rumahtangga pasangan selebriti hiburan dan sukan tanahair , Rita
Rudaini – Aidil Zafuan, semakin kecoh diperkatakan apabila pelakon
wanita itu mendakwa menerima sepucuk surat ‘tidak masuk akal’ dari suaminya.
Aidil yang keluar dari rumah sejak seminggu lalu telah menghantar
surat tersebut menerusi peguamnya kepada Rita dan mengandungi tuntuan
yang tidak wajar bagi isterinya itu.
“Saya terkejut membaca isi kandungan surat tersebut selepas
diberikan oleh pengawal keselamatan rumah saya. Aidil membuat tuntutan
yang tidak masuk akal langsung,” kata Rita yang dipetik dari Mstar
Online baru-baru ini.
Bagaimanapun, Rita enggan mendedahkan isi kandungan sebenar surat
dari suaminya itu sebelum menyerahkan kepada peguam untuk meneliti
maksud yang terdapat di dalamnya dari sudut perundangan terlebih dahulu.
Rita turut menjelaskan surat ‘puaka’ itu diterimanya melalui pengawal
keselamatan di rumahnya ketika mahu keluar ke lokasi pergambaran sebuah
telefilem terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd.
Krisis rumahtangga Rita dilaporkan berantakan setelah bergaduh besar
dengan ipar duainya menerusi laman sosial Twitter sehingga menyebabkan
Aidil mengambil keputusan untuk keluar dari rumah sejak seminggu lalu.
Rita turut memaklumkan kepada media bahawa suaminya tidak
pulang-pulang sejak itu sehingga hari ini dan merayu agar Aidil pulang
untuk menyelesaikan masalah mereka secara bijak menerusi perbincangan.
“Dia masih suami saya. Kami tidak bercerai pun. Kalau dia
rindu anak, baliklah rumah. Buat apa nak tidur rumah orang. Kita kan ada
rumah sendiri.
“Kalau ada yang tak kena, apa salahnya kita berbincang. Ini
pula hantar surat yang tidak masuk akal langsung. Dalam hal ini saya
akan mempertahankan hak saya kerana saya percaya, saya berada pada pihak
yang benar,” katanya lagi.
Menurut Rita, dia dimaklumkan suaminya yang bertindak keluar dari
rumah menerusi sistem pesanan ringkas (sms) ketika berada di kampung
bersama anak-anak mereka, Airit Rayyan Rizqin, 3, dan Airit Rafqa
Arjuna, 9 bulan, di Perlis.
Memanaskan lagi rumahtangga mereka apabila orang gaji di rumah Rita
memberitahu bahawa adik kembar Aidil, Zaquan Adha dan isterinya, Ayu
Raudhah, dikatakan turut terlibat membantu Aidil mengemas barang-barang
keperluan suaminya dirumahnya.
Rita sebelum ini mengaku kepada media bahawa hubungannya dengan Zaquan mahupun Ayu tidak pernah baik dari awalnya.
Edisi Panas! Rita Rudaini Tuduh Zaquan Adha Mengandungkan Anak Dara Orang!
Oleh Kaki Wayang on
Pelakon wanita terkenal, Rita Rudaini
dengan adik kembar suaminya, Zaquan Adha, yang dikatakan tidak pernah
mempunyai hubungan baik di antara mereka dilaporkan bergaduh besar
menerusi laman sosial Twitter milik mereka hari ini.
Bermula dengan isu ‘ibu mertua suka atau atau tidak’
kepada Rita, pergaduhan antara ipar tersebut melarat kepada persoalan
Rita yang bertanyakan tentang Zaquan yang dikatakan menyebabkan seorang
gadis dikenali sebagai ‘M’ mengandung dan dipaksa gugurkan kandungan.
Difahamkan, Rita Rudaini pada mulanya
menjawab soalan salah seorang rakan Twitternya tentang hubungan antara
aktres tersebut dengan ibu mertuanya dan memberitahu bahawa dia tidak
kisah sama ada ibu mertuanya sayang atau tidak padanya.
“xkisah pon mak mertua syg ke x dik..” kata Rita ketika angin masih tenang.
Mungkin tersinggung dengan kenyataan
Rita berkaitan ibunya itu, Zaquan tiba-tiba mencelah masuk dan membalas
kenyataan itu dengan menyatakan bahawa kakak iparnya itu tidak pernah
pulang ke rumah mertuanya itu.
“Mmg la xkisah mak mertua x
sayang,sbb rumah mak mertua pun x pernah balik..jgn cari pasal la..makin
lama makin melampau!!!!” balas Zafuan.
Angin yang tenang kemudiannya bertukar
menjadi ribut apabila Rita yang membalas kenyataan tersebut menjelaskan
bahawa dia tidak pulang ke rumah mertuanya kerana tidak suka untuk
bertembung dengan Zaquan yang disifatkan sebagai ‘batu api’ yang
mengeruhkan hubungannya dengan ibu mertuanya itu.
“Nk tau sgt kenape xbalik?? Sbb
meluat tgk muka ko yg batu api besar.ko yg bzbody lebih, batu api,” kata
Rita yang dipetik dari laman twitternya.
Enggan mengalah, Zaquan kembali ke
posisi menyerang kakak iparnya apabila mendakwa tindakannya itu adalah
untuk menyelamatkan abangnya, Aidil Zafuan, dari Rita yang disifatkan
sebagai ‘manusia kejam’.
“Klu aku jd batu api skali pun,aku nak selamatkan abg aku sendiri dari manusia yg kejam mcm kau!!” kata Zaquan lagi.
‘Puting beliung’ yang berlaku antara
kedua iparnya terus berlangsung dan tidak menampakkan tanda-tanda akan
berakhir apabila Rita melakukan serangan balas dengan mendakwa Zaquan
lebih kejam kerana dikatakan pernah menyebabkan seorang gadis hamil dan
meminta agar kandungan itu digugurkan.
“Aku kejam..ke ko yg kejam pregnantkn budak M pastu suh gugurkan?? Adoiii jgn cari pasal la bro.aku sabar dgn poyo ko ni.
“Sorry beb,aku da lama sabar dgn
perangai setan ko yg brselindung dpn makbpk ko konon ko lebih baik dr
abg ko,” kata Rita tidak dapat menahan sabarnya lagi.
Kenyataan Rita mengenai persoalan gadis
‘M’ tersebut turut disokong oleh salah seorang rakan Twitter Rita,
diannerazak0608, yang mendakwa rakannya turut pernah menjadi ‘mangsa’
Zaquan.
“Wow rita, very the open, tp mmg betulla apa u ckp, c dia pon ada wat hal dgn member kita:),” kata rakan Twitter Rita itu.
Kenyataan diannerazak0608 itu memanaskan
lagi keadaan apabila Rita dilihat semakin bersemangat untuk memalukan
dan menghentam Zaquan.
“Jantan mcm tu xble di
biarkan..dia nk sgt kan malukn sy,meh kita start the game!,” balas Rita
yang mahu meneruskan pergaduhan lebih besar terhadap Zaquan.
Umum mengetahui yang Rita dan Zaquan
mempunyai hubungan yang kurang baik sejak aktres tersebut menjalin
hubungan cinta dengan kembar Zaquan, Aidil Zafuan tidak lama dahulu.
Pasangan itu turut mencetus kontroversi
apabila berkahwin secara diam-diam di Songkhla, Thailand, pada Februari
2008 dan merahsiakan perkahwinan tersebut dari pengetahuan ibubapa serta
keluarga sehingga rahsia tersebut dibongkar media kemudiaannya.
Nampaknya, hubungan kekeluargaan yang
dulunya renggang mungkin akan terus berlanjutan setelah masing-masing
masih lagi menyimpan perasaan tidak puas hati dan menggunakan laman
sosial sebagai medium untuk mencetuskan pergaduhan.
Kredit: MyNewsHub