Rumahtangga pasangan selebriti hiburan dan sukan tanahair , Rita
Rudaini – Aidil Zafuan, semakin kecoh diperkatakan apabila pelakon
wanita itu mendakwa menerima sepucuk surat ‘tidak masuk akal’ dari suaminya.
Aidil yang keluar dari rumah sejak seminggu lalu telah menghantar
surat tersebut menerusi peguamnya kepada Rita dan mengandungi tuntuan
yang tidak wajar bagi isterinya itu.
“Saya terkejut membaca isi kandungan surat tersebut selepas
diberikan oleh pengawal keselamatan rumah saya. Aidil membuat tuntutan
yang tidak masuk akal langsung,” kata Rita yang dipetik dari Mstar
Online baru-baru ini.
Bagaimanapun, Rita enggan mendedahkan isi kandungan sebenar surat
dari suaminya itu sebelum menyerahkan kepada peguam untuk meneliti
maksud yang terdapat di dalamnya dari sudut perundangan terlebih dahulu.
Rita turut menjelaskan surat ‘puaka’ itu diterimanya melalui pengawal
keselamatan di rumahnya ketika mahu keluar ke lokasi pergambaran sebuah
telefilem terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd.
Krisis rumahtangga Rita dilaporkan berantakan setelah bergaduh besar
dengan ipar duainya menerusi laman sosial Twitter sehingga menyebabkan
Aidil mengambil keputusan untuk keluar dari rumah sejak seminggu lalu.
Rita turut memaklumkan kepada media bahawa suaminya tidak
pulang-pulang sejak itu sehingga hari ini dan merayu agar Aidil pulang
untuk menyelesaikan masalah mereka secara bijak menerusi perbincangan.
“Dia masih suami saya. Kami tidak bercerai pun. Kalau dia
rindu anak, baliklah rumah. Buat apa nak tidur rumah orang. Kita kan ada
rumah sendiri.
“Kalau ada yang tak kena, apa salahnya kita berbincang. Ini
pula hantar surat yang tidak masuk akal langsung. Dalam hal ini saya
akan mempertahankan hak saya kerana saya percaya, saya berada pada pihak
yang benar,” katanya lagi.
Menurut Rita, dia dimaklumkan suaminya yang bertindak keluar dari
rumah menerusi sistem pesanan ringkas (sms) ketika berada di kampung
bersama anak-anak mereka, Airit Rayyan Rizqin, 3, dan Airit Rafqa
Arjuna, 9 bulan, di Perlis.
Memanaskan lagi rumahtangga mereka apabila orang gaji di rumah Rita
memberitahu bahawa adik kembar Aidil, Zaquan Adha dan isterinya, Ayu
Raudhah, dikatakan turut terlibat membantu Aidil mengemas barang-barang
keperluan suaminya dirumahnya.
Rita sebelum ini mengaku kepada media bahawa hubungannya dengan Zaquan mahupun Ayu tidak pernah baik dari awalnya.